BAB 4:Evan Aafas

95 6 0
                                    

"C'mon lah,brotha! Kau nak tipu apa lagi? Bukti dah ada.Kau yang jual semua plan kita kat musuh kan?! Jawablah,bodoh!!" Marah Mikael sehingga menimbulkan urat di kepala.Si Mikael ni kalau dah marah memang naik gila! Aku tak pasti kalau budak suruhan tu akan hidup lama ke tidak.

Memang padanlah muka! Boleh pula budak mentah ni pergi bagitahu semua stratergi 'kerja gelapku' pada pihak musuh.Memang tempah mautlah jawabnya! Aku malas nak halang Mika.Mikael mula menumbuk jantan tu habis-habisan.Aku hanya berdiam dari tadi mula melangkah mendekati mereka.

Aku menepuk perlahan bahu Mika agar dia memberhentikan perbuatannya.Apabila budak ni nampak aku di depannya,terus menggigil satu badan.Aku hanya tersenyum sinis.

"Kau tahu kan apa akibat kalau cari pasal dengan aku? Aku malas nak cakap banyak.Bagitahu aku! Dengan siapa kau jual maklumat kumplan ni,HAH?!!" Dia hanya menggeleng.Memang nak kena budak ni!

Aku mencengkam kolar baju dia memaksa dirinya untuk bangun.Anak buah aku yang lain sudah menelan air liur dengan payah melihatkan aku yang mula mengamuk.Terhuyung-hayang badannya menandakan tidak punya daya.

"Kau jangan maingila dengan aku Amri! TELL ME,NOW!!!!" Memetir aku sekuat hati.Pantang betul 7 keturunan aku siapa yang menipu ni.Amri di dalam cengkama aku tidak cukup nafas.Tersekat-sekat suaranya ingin mengatakan sesuatu.
"Co...Co....Cobra tuan.Saya bagitahu kumpulan Cobra.Maafkan saya,tuan Evan."

Ewah...Ewah....dah buat salah baru menggelupur nak minta maaf! "You messed with the wrong person,dude.Pergi mati dengan maaf kau!" Aku mencampakkan tubuhnya ke atas jalan tar.Tanpa sebarang kata,aku mengeluarkan sepucuk pistol berwarna silver dan menembak tepat pada dadanya.

"Settlekan mayat budak ni." Arah aku dingin kepada nak buah aku yang lain.Mereka hanya mengangguk sekali.
"Kau nak buat apa,Evan? Kumpulan Cobra tu dah mula main guna orang dalam." Tanya Mika.

Aku hanya diam sambil mengelap tengan yang telah dicemari darah.Tak pasal-pasal tangan aku kotor.

"Kau rilek jer,Mika.Kita tengok dulu,sejauh mana diorang boleh pergi.If they invited us to play,why not?" Aku hanya senyum sinis mengenangkan musuh aku tu.Dari dulu sampai sekarang,perangai masih sama.Hidup tak habis-habis menyusahkan orang.Mika hanya mengangguk akur dengan arahan aku.

Sedang kitorang berjalan menuju tempat parking kereta,tiba-tiba aku dengar suara orang menjerit.Suara perempuan.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now