BAB 46:Rayden Ilyas

56 0 0
                                    

Pada hari ini,meeting kali ketiga dimulakan.So far,so good! Bukan nak memuji,tetapi Evan memang ada ciri-ciri ketua yang sangat hebat.Arahan yang diberikan sangat mudah dan jelas.Tiada sebarang masalah sepanjang dia handle projek ni.Setelah beberapa jam,akhirnya selesai juga.Cuma,orang yang penting perlu tunggu sebentar untuk menyusun jadual dan tugasan yang perlu diagihkan.

Dalam bilik ni,hanya ada kitorang berlima.Tahu-tahu jer lah siapa kan. "So,Evan.How your life?" Evan memandang Aiman.Dia hanya tersenyum nipis. "Alhamdulillah.Bahagia!" Jelas terpampang kat muka dia.Dari tadi juga aku tengok dia membalas chat dengan seseorang.Dan orang tu sudah tentunya Felora! "Oh ya? Baguslah.Rumah tangga yang penuh dengan saling mempercayai dan jujur sangat penting.Mungkin sebab tu kau bahagia." Double meaning! Aku tersenyum sinis kepada Evan.Lihat dari mukanya,dia terkejut tetapi pandai dia cover dengan wajah tenang.

"What do you mean,Aiman?" Dia saja bertanya.Aku tengok Mikael di sebelahnya juga sudah bengang.Mungkin panas dengan ayat Aiman.Hah! Siapa makan cili dia yang rasa pedas.Dan sudah tentu Mikael juga dapat rasa bahangnya! "Nothing." Aiman sambung fokus pada komputer di depannya.

"Look! Rayden,Rayyan,Aiman.Aku tahu korang tahu sesuatu.Tapi,apa yang aku boleh cakap,tak semua maklumat boleh kita percaya.Aku sendiri sedang kumpul evidence."
"Evidence? Bukti kukuh yang ayah kau bunuh arwah Pak Long kitorang?" Aku bertanya dia.Kalau dia nak mengaku sendiri,lagi senang kerja kitorang.Evan mengeluh perlahan.

"Aku yakin.Bukan ayah aku yang bunuh ayah Felora...." Aku menghentak meja kuat.Terkejut Rayyan yang berada di sebelah aku.
"Kau ingat kitorang nak percaya! Aku dah lama perhatikan kau,Evan.Kau tahu tak? Kitorang tak nak bagitahu benda ni dekat Pak ngah dan Pak su sebab kitorang tahu.Benda ni akan menjejaskan masa depan kau dan Felora.Tapi,sampai bila kau nak sorok benda ni?" Evan juga mula berdiri di hadapan aku.Jelas dia juga turut tak puas hati.

"AKU DAH CAKAP KAN,BUKAN BAPAK AKU YANG BUNUH AYAH FELORA!!" Tegas dan tinggi nada suara dia. "Jadi,mana bukti? Mana bukti dia,Evan?!" Evan diam tidak membalas.Aku menarik nafas dan menghembuskannya dengan perlahan.

"Kau tahu tak? Kitorang sayang Felora macam adik kitorang sendiri.Waktu mak ayah dia meninggal,kitorang yang selalu ada di sisi dia.Hidup dia dah cukup sengsara dah.Tapi,bila dia jumpa kau,nampak yang dia bahagia.Jangan kecewakan dia,Evan.Lambat-laun dia akan tahu benda ni." Aku menepuk perlahan bahu dia.Aku juga dapat merasakan ayah Evan bukan dalang di sebalik kematian Martin Bernard.Tapi,kitorang pun buntu!

"Hati-hati Evan.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata? Kau hadaplah Felora nanti.Cari kebenaran tu secepat mungkin.Kitorang tak boleh bantu kau.Kau sendiri tahu kan,perangai Pak ngah macam mana." Rayyan menitip pesanan dan berlalu pergi.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now