BAB 21:Evan Aafas

67 4 0
                                    

"Sorry...." Hanya perkataan tu yang terkeluar dari mulutku.Dirinya hanya diam.Tidak membalas.Aku menghela nafas berat.Dia terasa lagi kut dengan aku? Dia merajuk ke? Aku ni dahlah lemah bab-bab memujuk ni.

"Saya minta maaf sebab marah awak tak tentu pasal.Cuma,saya marah dengan diri saya.Saya tak tahu kenapa hati saya rasa sakit apabila mengingatkan hal yang terjadi tadi." Aku berakap panjang lebar.Dia masih lagi tidak bersuara membuatkan hati aku resah dan tidak keruan.

Janganlah marah saya sayang....Eh,Eh! Sempat lagi hati aku ni nak mengada-ngada.

"Felora....please,say something...." Aku berkata lembut agar hati dia yang keras macam batu tu,lembut seperti marshmellow.
"Awak nak saya cakap apa?" Dengus dia perlahan.Aku tersenyum apabila dia membuka mulut.

"Dengar pun suara dia." Aku mengusik dirinya.AAAHHH...Aku teringin sangat nak tengok reaksi muka dia apabila aku mengusik dia.Agak-agak dia malu-malu kucing tak? Tapi,benda tu takkan terjadi.

"Yelah...saya maafkan.Tapi,kenapa awak maah pada diri awak pula? Bukannnya awak ada buat salah pun? Awak yang selamatkan saya." Tanya dia pelik.Haah,kenapa aku jadi macam ni eh? Jangan katakan dia,aku pun takda jawapan! Aku hanya mengangkat bahu,Tapi,apa yang pasti,setelah kali pertama kitaorang berjumpa,aku rasa aku perlu lindung dia.Hati aku yang berkata macam tu.

"Entahlah.Saya pun tak tahu.But,when I saw you in pin,crying and someone touch you unappropriately,I lost my mind! Rasa macam ada something yang tak kena dekat sini." Aku menunjuk jariku ke hati.Aku rasa dia hanya memandang diriku.Tak tahulah apa reaksi dia.

Pelik? Terkejut? Dia diam.

"Awak...." Tegur dia tepat di sebelah telingaku.Sejak bila dia ada kat sebelah katil aku ni? Terkejut aku dibuatnya!
"Ish...Lora janganlah terkejutkan saya macam tu." Aku menegurnya perlahan sambil mengurut dadaku.

Dapatku dengar suaranya yang comel tergelak perlahan.Aku terus terpegun dan terpesona. "Awak kan ketua mafia yang paling digeruni.Takkanlah terkeut kut?" Dia tergelak suka.Pandai mengusik rupanya dia ni.Nakal!

"Terima kasih kerana selamatkan saya lagi sekali.Saya hargai sangat-sangat.Sebagai balasan,saya akan jaga awa di hospital dan bertanggungjawab atas pembedahan mata awak." Ujarnya bersungguh.

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku seorang perempuan yang ikhlas ingin menolongku.Bukan kerana harta dan bukan kerana pangkat yang aku miliki.Tetapi,disebabkan hutang budi.Aku yakin dialahh pilihan yang tepat!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now