BAB 2:Evan Aafas

124 8 0
                                    

"Tuan Evan,tolonglah.Setuju dengan cadangan projek ini.Saya yakin bahawa syarikat tuan akan membawa pulang untung yang besar." Ujar seorag klien yang tidak putus-putus memujuk CEO muda itu untuk menyertai projeknya demi menyelamatkan  syarikatnya yang hampir muflis.

Melihatkan rupa paras CEO muda itu,orangnya tinggi lampai.Berbadan tegap dan sasa.Kening yang cantik terletak dan warna matanya kelabu gelap melengkapkan imej maskulin lelaki itu.Hidung yang mancung dan bibir yang merah menandakan si empunya badan tidak merokok.

Mempunyai kacukan melayu dan itali membuatkan kulitnya sawo matang.Serta terdapat parut kecil di atas kening sebelah kanan menyerlahkan lagi sifat kejantanannya.

Sesiapa yang memandang pasti hati akan jatuh tergolek.Tetapi,malang sekali kerana jejaka ini dikenali sebagai 'ice king' di syarikatnya.Senyum bila perlu sahaja.Cinta hati memang tiada dalam kamus hidupnya! Hidupnya hanya kerja di pejabat dan 'kerja gelapnya'. Itulah kisah seorang CEO muda terhormat,Evan Aafas.Rupa paras yang sempurna tetapi susah untuk didekati.

Aku hanya memandang dingin kepada tuan Omar yang beria-ria memujuk aku untuk sertai rancangan 'bernas' dia tu.Tak putus asa lagi orang tua ni rupanya.Dia ingat boleh gula-gulakan aku agaknya.Memang tak ah!

"Maaflah tuan Omar,tapi saya tak berminat.Tuan pun tahukan saya jenis yang macam mana.Kalau saya cakap hitam,jangan nak pandai-pandai tukar putih.Saya paling pantang orang yang tak faham bahasa dan kena ulang dua-tiga kali." Tegas nada yang aku gunakan.

Bukannya aku nak biadap dengan orang tua ni,tapi aku terpaksa." Tuan,tolong pertimbangkan tawaran saya,kalau tuan tak tolong,syarikat saya akan musnah." Dia mula menghalang jalan aku sambil mendepakan tangannya.Okay! You know what? Sabar aku dah habis!

"Tuan Omar,please! Tiada kompromi lagi! Syarikat tuan hancur pun bukannya salah orang lain,tapi sikap tuan Omar yang tamak dan pecah amanah membuatkan syarikat tuan muflis!!"

Terdiam terus dia apabila tembelang sudah pecah.Puas hati aku! Suka hati jer nak tarik orang dalam masalah dia! Senang betul hidup!

"Apa yang kau merepek ni,hah? Dasar budak mentah! Sejak bila aku buat onar dalam syarikat sendiri.Kau nak fitnah aku? Kau ni memang tak takut dosakan! Aku tak bodoh lagi nak kejar harta dunialah!"

Wahh...dia dah pandai cakap pasal akhirat,dunia.Dosa,pahala guyss.....Dia ni memang minta ceramah free dari aku agaknya. Okay! Switch the job! Jom,kita jadi ustaz pula! Dapat pahala lebih memandangkan hari ni hari Jumaat.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now