.......

97 8 0
                                    

Terus aku menjauhkan diri dari dia.Tipulah kalau aku cakap aku tak takut.Tangan aku dah berpeluh-peluh teruk dah ni.Setapak aku ke belakang,setapak dia maju ke depan.

"Pak cik....pak cik siapa? Tolong pergi dari sini.Saya nak balik." Tergagap-gagap aku berkata.Sumpah aku cakap aku nak menangis sekarang ni bila dia tersengih gatal.Dia membuatkan aku lagi takut apabila dia menilik aku dari atas ke bawah dengan pandangan nakal.

"Janganlah balik lagi cik adik....Jom,teman abang pergi pub.Kita have fun kat sana." Dia kembali mendekati aku.

Aku menggunakan semua tenaga aku melawan dia apabila dia cuba menarik aku ke dalam pelukannya. "Tolong,jangan apa-apakan saya pak cik.Saya taknak!"

Bila aku meronta banyak kali akhirnya dia melepaskan aku.Lega.....Tapi,dia tak berhenti situ jer. "Kalau macam tu,takpalah.Tapi apa kaa bagi abang tangkap gambar awak sekejap."

Kali ni dia paksa aku untuk memandang kamera,banyak kali aku menghalang dia.Dalam hati ,aku hanya mampu berdoa supaya Allah menghantar seseorang menyelamatkan aku.Apabila aku nampak pakcik ni mahu buka seluarnya,terus aku menjerit nyaring mengharapkan ada orang dengar. "TOLONG!!!!!" Tiba-tiba.....

Buk....Buk... Aku membuka mata apabila mendengar orang mengerang sakit.Aku memandang pakcik gatal tadi dah selamatt pengsan akibat ditumbuk.Aku memandang seorang lelaki yang tinggi tetapi aku tak nampak sangat mukanya kerana keadaan yang sedikit gelap tidak mengizinkan.

Tetapi,apa yang aku nampak hanyalah sepasang mata kelabu gelap menikam ke dalam anak mata chestnutku.Dia pandang aku dan aku pandang dia.Tak pasti berapa lama kitaorang kekal dalam keadaan macam tu sehingga dia sendiri yang menundukkan pandangan.Aku pun seolah-olah baru tersedar.

Terus aku menunduk malu.Sempat lagi aku dengar jejaka tersebut beristighfar perlahan perkara yang sama aku buat setelah melakukan zina mata secara tak sengaja.Dia diam,aku pun diam.Sehinggalah.....

"Kau okay?" Dalam dan lembut suaranya menegurku.Terpanar aku apabila mendengar suaranya.Membuatkan badan aku menggigil dan yang paling gila....Sedapnya suara dia!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now