BAB 28:Felora Aleena

67 3 0
                                    

Dia ni nak bagi aku hilang nervous ke,nak mengusik aku! Along di sebelahnya sudah mengekek-ngekek tahan gelak.Kelakar ke? Aku sepuk kepala tu nanti,baru tahu! Aku menarik nafas dan hembus.....Dapat kurasa tangannya mengusap tanganku lembut.Mungkin nak tenangkan diriku.So sweet!

Dia menyarungkan cincin di jari manisku,perkara yang sama aku buat padanya.Menggigil tangan aku.Nasib baik cincin tu tak terlepas.Neervous wey....

"Hah,Lora.Salamlah tangan suami tu.Jangan malu-malu,dah halal dah pun." Ujar ibu mertuaku yang sudah siap sedia handphone di tangannya untuk mengambil gambar kami.Aku memandang sekejap tangan dia sebelum mak ngah mencucuk pinggangku.Tangannya aku capai lembut dan sakam.Evan pula mengusap manja ubun-ubunku.

Sebelum dia melabuhkan cium di dahiku,dapat aku dengar doa yang dia baca.Tetapi,hanya kdengaran sayup-sayup sahaja seolah-olah dia berbisik.Perasaan yang tak dapat aku gambarkan dengan perkataan. 'Bahagia' mungkin?

Majlis ni walaupun dibuat secara kecil-kecilan,tapi boleh tahan penat juga! Hanya seorang manusia sahaja yang kekal bertenaga iaitu....nenek aku! Kecoh dia seorang mengalahkan orang muda.Atuk pula aku tengok hanya mengikut arahan nenek tanpa banyak bunyi.

Nenek suruh bagi gudis,dia bagi! Nenek suruh layan tetamu,dia layan! Nenek suruh atuk duduk,pun atuk duduk.Aku hanya menggeleng kepala.

"Felora Aleena!" Eh,suara ni.Aku menoleh ke belakang.
"Pak su!!!!" Aku memeluk dia erat.Adik arwah papa aku ni memang seiras wajah mereka.Sekali-sekala boleh melepaska rindu.Mak Usu aku salam. "Selamat pengantin baru,Lora.Mak Usu doakan kekal sehingga di sana."
"Terima kasih,Mak Usu."

Aku tersenyum manis kepada mereka.Apabila aku melihat di belakang,terlihat dua jejaka yang sangat tampan dan muka mereka hampir sama.Rayden Ilyas dan Rayyan Islan.Sepupu aku dan teman sepermainan aku semasa kecil.Aku tersenyum kepada mereka.

"Selamat pengantin baru,my dear cousin!" Ceria suara si abang iaitu,Rayden Ilyas.Orangnya memang permah.Bekerja sebagai seorang pilot! Senyuman dia memang manis,tapi tak boleh kalahkan suami aku.Hahahaha!!!!

'Coongrats." Satu sahaja perkataan yang keluar dari mulut si adik iaitu Rayyan Islan.Orangnya sangat kontra dengan si abang.Mungkin bekerja sebagai tentera udara membuatkan dia dingin sedikit.Tapi,dia tak sombong.Dia boleh ketawa dan menangis dengan orang tertentu sahaja.

"Terima kasih." Aku membalas.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now