BAB 53:Aiman Zafsyah

56 0 0
                                    

Aku melihat pasangan suami dan isteri itu bertikam lidah.Makin lama,makin meninggi suara kedua-duanya.Si isteri masih kecewa dengan si suami yang tidak jujur.Manakala,si suami,masih keliru apa kena mengena dirinya dalam masalah itu.Aku melihat kumpulan King tidak mampu membalas serangan kami.Kumpulan aku yang dipanggil Hunter juga mendominasi petempuran.Akhirnya,King and the gang mengundur diri.

Aku melihat ayahku dan Pak su mengacu senjata pada Evan dan perkara yang sama dibuat oleh Mikael dan Hadriel,mengacu pistol kepada Felora.Tetapi,kedua-dua pasangan merpati,sejalan-sejoli itu semangat mempertahankan pasangan masing-masing.Haihlahh....Dah tahu sayang,tapi tak nak mengaku.Nasib baik,awek aku tak buat perangai macam diorang ni.

Rayden dan Rayyan memberi isyarat untuk turut mengacu pistol kepada anak buah Evan yang tidak kurang kuat dan ramai bilangannya.Tetapi,tiada seorang pun yang tahu kami di situ kerana masing-masing memakai mask dan kepala kami ditutup dengan hoodie.Kita buat surprise sikit.... hahahaha! Evan meluahkan segalanya di depan kami semua sambil menangis.Aku seolah-olah faham dengan kesakitan yang dia tanggung.Orang yang paling kau sayang,tinggalkan kau keseorangan tanpa tahu apa kesalahan kau.Tak lama lepastu,Evan memecut laju meninggalkan gudang.Felora aku lihat sudah menangis teruk.

"Hmph! Tak payah kamu nak bazirkan air mata dengan suami macam tu,Felora.Dah tahu salah tak nak tanggung pula.Ini belum lagi ada keluarga.Kalau dah ada anak nanti......" Aku mendengar ayah aku berkata begitu.Panas jugalah dalam hati.Terang-terangan Evan takda kena-mengena dengan masalah sekarang. "Pak cik! Jangan nak main tuduh jer kawan saya macam tu.Evan lansung takda kena-mengena dengan dendam Pak cik.Bukan ayah dia yang bunuh abang....." Mikael cuba mempertahankan Evan.

"Kau diam! Kalau dah bapak pembunuh,memang satu nasab dia pembunuh!" Okay! Ini dah lebih sangat ni.Aku,Rayden dan Rayyan mengalihkan pistol dari anak buah Evan.Sekarang ni muncung senjata terhala pada kumpulan kami sendiri.Aku lihat Rayden membuka mask muka diikuti Rayyan dan aku.Semua orang terkejut termasuklah Mikael dan Hadriel.Dan orang yang paling terkejut sudah tentunya ayah aku dan Pak su.Surprise!!!!!

"Maaf ayah.Bukan nak khianat keluarga tapi kami pertahankan apa yang benar." Aku berkata lembut cuba menyejukkan hati ayah sendiri. "Aiman! Apa yang kamu buat ni?! Jangan cakap dengan ayah yang kamu belot!" Berang ayahku.Tapi,aku tak gentar lansung.Berani kerana benar,takut kerana salah! "Rayyan! Rayden! Don't make me laugh." Pak su berkata sarkastik kepada anak-anaknya.Siap tepuk tangan lagi tanda tidak percaya anak sendiri yang menentang dia.

"Maaf papa,Pak ngah.Tapi,semua ni dah keterlaluan." Rayden menjawab dengan berani tetapi masih hormat dengan siapa yang dia bercakap.Namun,ayah aku masih marah dan ikut emosi. "Keterlaluan? Apa yang melampau?! Pak ngah dan papa kamu nak bela nasib keluarga kita!" Ayahku menengking Rayden.Aku menapak ke depan berdiri di depan ayahku yang terlalu mengikut perasaan dan dendam.Diri kalau dah marah,bukan lagi diri kita yang kawal.Tapi,syaitan!

"Dengan kebenaran yang jelas tak benar? Itu yang ayah cakap menegakkan kebenaran? Itu yang ayah cakap untuk membela nasib keluarga kita? Malah,orang tu dah takda kat dunia ni!". Aku berkata tegas ingin menyedarkan ayahku.Jari telunjuk dia naik dan berada betul-betul di depan mukaku.Menggigil tangan dia menahan marah.

"Aiman Zafsyah! Watch your tune when you speak to me.Aku tak ajar anak aku kurang ajar dengan orang tua!" Aku memandang ayah aku dan mengangguk perlahan. "Betul.Ilmu dunia dan akhirat yang ayah ajar terlalu cukup.Tiada yang kurang.Tapi,ayah juga tak pernah ajar Aiman dan Aisyah musnahkan kebahagiaan orang lain.Tengok Felora sekarang,ayah.Tengok! Dia bukan lagi adik yang Aiman kenal.Dia hilang identiti dia.Dia butakan hati dia untuk mencintai orang tersayang! Ini yang ayah mahu perjuangkan?!" Turun naik nafas aku.Aku lihat Felora penat dan mengarahkan salah seorang anak buah kami untuk hantar dia pulang.Aku memandang dia sedih.Aku yakin,bukan ini yang dia mahukan.Dia tak nak kotorkan tangan dia.Aku mengeluh perlahan dan melangkah pergi.Sudah cukup berbuih mulut aku bertegang urat.

Tak perlu lagi aku tambah dosa.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now