BAB 35:Evan Aafas

72 2 0
                                    

Aku dan Felora terkejut mendengar orang terjerit-jerit di depan balik aku.Siapa lagi kalau bukan dua orang kawan aku ni.Melepas nak bermanja dengan isteri sendiri. "Woi! Tak reti nak ketuk pintu bagi salam ke! Main terejal jer masuk.Siapa ajar korang! Adab mana adab?!!" Hah....keluar dah aura ketua mafia aku.Siapa jer tak hangin!

"Sorry bro.Aku rindu gila kat kau Evan.Kau tak rindu kat aku ke?" Kata Mikael yang betul-betul minta penumbuk aku. "Sayang....abang nak kenalkan dengan seorang lagi kawan baik abang.Hadriel Akashah.Wey,ni isteri aku.Felora Aleena" Lucca hanya menunduk dan senyum segaris tanda hormat.

Yang Mikael hanya menjeling kerana aku tak endahkan dia.Pergi mampus "Okay,dah-dah.Serius mode,now.Evan,kita orang bersyukur sangat sebab kau dah sembuh." Lucca berkata dengan reaksi muka yang tenang.Pandai betul member aku ni sorok perasaan dia.

"And you know what,kumpulan Cobra dah makin melampau.Syarikat kita yang baru nak bina kat Itali tu,dah kena bom lusa lepas." Mikael menghulurkan ipad di tangannya.Apa yang aku lihat,graf di dalam ipad itu menurun.Bermakna syarikat aku mengalami kerugian.Sial punya Hatta! Muka aku mula menegang.Warna muka juga sudah berubah kepada merah,tanda kepala aku sedang berasap.Tinggal nak meletup jer.

"Abang,Lora keluar dulu,ya? Abang bincang pasal kerja elok-elok.Jangan stress-stress.Nanti kita lunch sama-sama,ya?" Dia terus bangun dan menyalam tangan aku.Seperti biasa,bila dia salam tangan aku,aku akan cium tangan dia balik.Treat her like my queen! Bila,tengok muka Felora,hati yang tadi ingin menyumpah terus rasa sejuk.

Aku melambai tangan ke arahnya dengan menghadiahkan senyuman manis kepada si dia.Lepas bayangan Felora hilang,muka yang tadi manis kini bertukar bengis.Urat di tangan,leher dan kepala jelas kelihatan tanda aku marah teramat sangat.Dua kawan di depan aku ni meneguk air liur.

"Berapa kita rugi?" Mikael melihat kembali ipad yang ada ditangannya.Fail disemak satu persatu. "Dalam 45%" Dia memberitahu.Aku terdiam.Dah lama sangat aku tak campur tangan dalam hal kerja ni.Tak sangka,aku hilang hanya beberapa bulan,tapi ada yang mula berani cari pasal.Sengaja kejutkan harimau yang tengah tidur!

"It's okay,make a new contract.Kali ni,aku sendiri yang turun padang.Tetapkan tarikh meeting 2 bulan lagi." Aku memberi arahan kepada Mikael.Dia mengangguk dan terus tekun membuat kerja dia.Bagus budak ni! "Yang kau,Riel.Bila balik sini?" Aku menegur sahabat baik aku yang kitorang kenal pada zaman universiti.Susah nak jumpa mamat ni.Maklumlah,sibuk!

"Baru jer,lepas kau suruh aku undercover Hatta dekat Paris,aku cau lah balik sini.Banyak lagi kes yang aku kena handle." Dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan katil aku ni.Aku memejam mata ingin merehatkan otak.Baru dapat lihat semua benda,dah ada masalah baru nak kena hadap.Macam-macam!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now