BAB 3:Felora Aleena

98 7 0
                                    

Alhamdulillah.....Hari ni tak ramai oppoinment dengan pesakit.Biasa-biasa jer.Tapi,aku terpaksa balik lambat sebab banyak laporan yang tertunggak memandangkan semalam aku tiada masa free lansung.

Jadi,terpaksalah aku bersekang mata sampai ke lewat malam.Ambil masa selama berjam-jam jugalah.Lepas habis type,aku terus hantar email kepada pihak atasan.Dengan sekali 'clik' aku secara official boleh balik rumah.Yessss....Finally!!

Tak menunggu lama aku terus mengemas barang dan keluar dari bilik kerja aku.Nurse dan doktor yang lalu lalang pun aku tegur ala kadar.Mata dan otak aku sekarang hanya nampak katil dan bantal jer.Harap-harap lepas ni aku tak dilabel sombonglah.Kalau ada khabar angin tu,aku cili-cili mulut dia!

Sampai di tempat parking kereta,aku terus rasa seram sejuk.Aku tak tahulah kalau ni hanya perasaan aku,tapi aku rasa macam pergerakan aku diperhatikan.Sudahlah aku parking luar dari kawasan hospital memandangkan ada tetamu terhormat membuat lawatan tak diundang ke hospital.

Sebatang jalan dan terdapat lorong kecil menjadi tempat keretaku kerana aku fikir mudah untuk keluarkan kereta.Dan sekarang ni aku menyesal gila nak mampus! Aku melajukan langkah.Ya Allah,janganlah jadi apa-apa.Kalau hantu boleh lagi aku lindung diri aku dengan ayat suci Al-quran.Tapi,kala manusia aku mana tahu lawan!

Semakin laju aku melangkah,semakin dekat aku dapat rasa kehadiran seseorang tu,sedang aku mencari kunci kereta.Tiba-tiba,tangan aku direntap oleh seseorang.

"ARGHHH....." Jerit aku sekuat hati apabila memandangkan seorang lelaki separuh abadd yang hanya berseluar pndek dan tanpa baju berdiri dekat dengan tubuhku.

Ti Amo Mr Blind MafiaWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu