BAB 12:Felora Aleena

79 5 0
                                    

"Assalammualaikum...." Salam aku beri.Terdengar sayup-sayup orang menjawab salam dari sebelah dalam.
"Hah,dah balik Lora.Marilah naik! Nenek hari ni masak lemak ketam cili api.Nanti lepas zohor kita makan sama-sama." Aku mengangguk.Masakan nenek aku memang terbaik! Walaupun umur nenek sudah mencecah 70an,dia masih lagi kuat untuk mengangkat kuali dan sudip.Jika salah seorang dari kami berkahwin,dialah yang paling kepoh!

Aku masuk ke dalam rumah,ruang tamu aku tuju.Terlihat seorang gadis muda sedang menidurkan anaknya sambil mengalunkan zikir agar jauh dari gangguan makhluk halus.Hanna Raisyah.Anak kepada maksu iaitu adik bongsu kepada arwah ibuku.Ayahnya iaitu sepupu kepada papa sudah lama meninggal pada tahun yang sama aku kehilangan ayahku.

Dia sudah berkahwin,tetapi suami tak guna dia tu ceraikan Hanna semata-mata untuk perempuan lain! Apalah yang bengap sangat mamat tu! Hanna ni dahlah cantik.Muka ada iras-iras aku sikit.Sekali pandang,mungkin ada orang kata Hanna ni adik aku.Warna mata dia sama dengan Ecah,cuma warna coklatnya lebih cair.Sudahlah pandai memasak,rajin pula tu.Bercakap pun lembut jer....Bukan macam aku! Senang cerita,dia ni pakej!

Dia yang perasan dengan kehadiranku terus mengangkat kepala dan tersenyum nipis.
"Bila akak balik?"
"Tadi...." Aku jawab sepatah.Tangan aku sibuk mencuit anak buah aku yang seorang ni.Geram betul! Dahlah montel! Hanna yang memandang terus menepis lembut tanganku dan menjegilkan matanya.

"Akak ni,janganlah cuit kasar sangat.Kalau anak Hanna bangun nanti,akak dodoikan!" Ish...garang betul! Agaknya,semua sepupu-sepapat aku ni garang -garang.Sama macam atuk aku.Seorang guru silat yang mahir dalam semua jenis kunc silat bumi melayu.

Aku mencebik kearahnya.Aku melihat seraut wajah yang tenang tu.Dia tak sedih malah lebih nampak bahagia.Baru bulan lepas suami tak jadi dia tu ceraikan dia.Jadi,dia dalam tempoh iddah. "Hanna okay?" Hanna memandang aku pelik.
"Okay....Kenapa?" Tanya dia kembali. "Takdalah,....Hanna tak sedih ke?" Hanna hanya tersenyum sambil mengucup ubun-ubun anaknya.Harris Raydien.Putera sulung dia.

"Hanna redha kak...Nak tak nak kena teruskan hidup.Bagus juga jantan tu pergi,aman sikit hidup Hanna.Takdalah nak hadap baran dia lagi lepasni." Kata Hanna lega.Aku diam tidak berkutik.Hidup kitorang memang sentiasa diuji dengan kehilangan orang tersayang.Tapi,hamba mana jer yang tak diuji oleh-Nya,betul tak? Allah takkan uji lebih dari kemampuan hambanya.Itu janji Allah.Yang membezakan kita ialah,sama ada redha dengan takdirnya atau tertekan dan menyalahkan takdir!

'Allah know more than us.' Itu pesanan papa semasa aku berumur 5 tahun.Tiba-tiba rindu pula aku dengan arwah papa.Arwah mama pun aku rindu juga.Cuma,dari dulu lagi aku rapat dan manja dengan arwah papa,sampai arwah mama cemburu! Aku tersenyum kecil. "Eh,Kak.Pergilah mandi,lepastu solat zohor.Nanti boleh makan sekali." Hanna menegurku.Aku terus masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now