BAB 49:Felora Aleena

56 2 0
                                    

Badan dan fizikal aku ada di sini.Tapi,pemikiran dah sampai ke tempat lain.Apalah khabar suami aku tu yer...Sihat ke dia? Rindu ke dia pada aku? Aku rindu? Sudah semestinya aku rindu Evan.Hampir sebulan aku hidup tanpa dia.Kadang-kadang tu memang sampai ke mimpi terbawa-bawa.Tapi,kenapa selama ni dia tak jujur dengan aku? Punyalah banyak masa,tapi dia tetap rahsiakan.

Argh!!! Stressnya aku! Aku tak boleh terima.Ayah yang tiada ganti dibunuh oleh.....Aku meraup mukaku.Istighfar aku ulang banyak kali membasah bibir.Buat masa sekarang aku memang tak nak tengok muka dia.Aku tak boleh.Dendam dan benci mula memarak naik.Tapi,dia suami kau Felora.

Ya.Memang dia suami aku.Tapi,mana pergi kejujuran dia.Kalau dia mengaku sendiri,mungkin aku tak sesakit ini.Tapi,ini aku dengar dari mulut orang lain.Kedengaran orang mengetuk pintu bilik aku.

"Masuk." Aisyah di depan muka pintu bilik.Ini tak lain tak bukan nak pujuk aku lagi lah tu.Aku menjeling dia sekilas. "Lora...sampai bila kau nak macam ni..." Aku diam.Soalannya aku biarkan berlalu di tepi telinga.Pekakkan diri! Ecah mengeluh berat. "Keras kepala jugak kau ni kan!" Aik,marah pulak.

"Kang aku balas,mahunya jadi perang dunia ketiga." Aisyah menggeleng perlahan.Dah masak dengan perangai aku yang memang ego tinggi melangit. "Dia suami kau Lora...." Aisyah bersuara lembut.Aku memikirkan sejenak dan kemudian tersenyum sinis.Aku menikam tepat pada mata Aisyah.

"Suami? Suami yang tak boleh nak jujur dengan isteri sendiri? Kau takda dalam kasut aku Aisyah.Apa perasaan kau bila dapat tahu yang ayah kau mati tanpa sebab dan punca.Hidup tiada kasih sayang mak bapak.Kena dera dengan mak tiri lagi.Dan satu hari,kau dapat tahu,orang terdekat malah yang paling kau cinta penyebab kau hilang semua! Apa kau rasa?" Aku mengalir air mata perlahan.Air mata ni kalau boleh bercakap dah lama dia kata penat dan dah tak larat nak mengalir lagi.

Ecah terdiam seribu bahasa.Tidak tahu mahu bahas apa.Hanya pandangan simpati yang dia mampu beri.Aku mengeluh perlahan dan menyeka air mata. "Ecah~ Aku nak mula balik." Aisyah terkejut.Mula balik? "Kau biar betul Lora.Fikir betul-betul.Tak perlu sampai nak....."

"Aku dah fikir masak-masak dan buat keputusan.Kalau orang lain tak boleh buat,biar aku sendiri yang buat!" Aku tekad.Kali ni,apa nak jadi,jadi lah! Asalkan dendam aku terbalas dan kematian ayah aku tidak sia-sia.

HADIAH UNTUK KORANG SETELAH LAMA MENUNGGU.BARU HARI NI AUTHOR SEMPAT NAK UPDATE SEBAB JADUAL SEM 2 NI TERSANGATLAH PADAT.PENAT SIS!!! Mungkin sis akan lambat update sebab jadual belajar sangat padat.Tapi,stay stunned okay~

Ti Amo Mr Blind MafiaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon