BAB 15:Felora Aleena

75 4 0
                                    

Aku,Aisyah dan Hanna sedang lepak di atas parkin rumah nenek sambil bersembang.Jujur aku cakap,aku tak dapat fokus dengan perbualan kitorang.Kepala aku sedang berfikir tentang Iron Man aku tu.Sudah tiga bulan aku tak jumpa dia.Apasal aku tak pernah terfikir untuk minta nama dan nombor kat mamat tu setiap kali kitorang jumpa.Apalah khabar dia?

"Lah....kat sini rupanya adik-adik along." Tiba-tiba abang Aisyah menegur  kitorang.Abang Aisyah,Aiman atau Along duduk dengan kitorang. "Tak habis-habis bergosip korang ni.Tak elok tau." Ujarnya.

"Alah....saja menyembang kisah lama." Jawab Aisyah.Abang Aisyah memang baik orangnya.Umur dia 27 tahun.Dah berpunya dan kerja sebagai cikgu bahasa english dan seorang guru silat.Dia menganggap aku dam Hanna macam adik dia sendiri.

"Sudah,mari masuk.Tak elok anak dara duduk kat luar malam-malam macam ni." Ajak along.Aisyah pula,kau faham-faham jer lah perangai keras kepala dia tu.

"Along ni,macam makcik-makcik lah....Kenapa anak dara tak elok duduk luar.Anak teruna boleh jer." Balas Aisyah tak puas hati.Dia ni dengan abang sendiri pun nak melawan ke? Tak faham betul aku.Hanna di sebelah menggeleng sahaja.

Memanglah anak dara tak elok duduk luar malam-malam,tak manis.Jadi apa-apa kan susah! Along sudah tersengih nakal.
"Kalau macam tu,Ecah tinggallah sorang.Nanti 'cik ocong' datang peluk,jangan panggil Along." Along tergelak jahat sambil masuk ke dalam rumah. "Along....!!!" Maka,bermulalah adegan kejar-mengejar dua beradik tu.Aku dan Hanna bantai gelakkan diorang.

"Ni apa yang bising-bising ni.Atuk kurung kamu berdua dekat luar,baru tahu! NAK?!" Tegur atuk tegas.Tudiaaa.....Dah mai dah,aura cikgu silat dia....Along dan Aisyah hanya diam menikus.Aku melabuhkan punggung di sebelah nenek.Rancangan pada malam ini ialah....Bukan Fast and Furious...bukan juga Ejen Ali The Movie....Tapi...Berita! Bosan...Dah berapa kali aku menguap.

Tapi,satu tema berita ni,memang menarik minat aku.

"Seorang CEO muda terkenal,Evan Aafas dilaporkan dikeja ke hospital pada pukul 2.00 pagi semalam.Siasatan polis masih lagi tidak dapat mengagak punca yang berlaku.Tetapi,megikut laporan kes,suspek difahamkan terkena sebuah ledakan gas beracun yang terkena pada mata dan paru-paru...."

"Ayah...Dia bukan ke ketua mafia?" Tanya Along ttiba-tiba kepada Pakngah.
"Haah....Tapi ayah tak tahu sangat.Kan ayah dah lama tinggalkan dunia tu.Tinggal pak cik saudara kau tu jerlh yang uruskan.Ayah pun tak kenal sangat si Evan ni."

"Kasihannya...."
"Biasalah tu nek.....Orang kalau lebih sikit,mulalah ada yang dengki." Kata Along.Aku yang sudah bosan campur mengatuk kuasa dua meminta diri untuk masuk ke dalam bilik.Beta mahu beradu di kamar beta!

Ti Amo Mr Blind Mafiaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن