........

84 7 0
                                    

"Wey,kau dengar tak apa aku dengar? Malam ni bukan malam jumaat kan?" Tanya Mika.Apalah yang mereng sangat mamat ni.Kalau malam jumaat jer,memang kena ada hantulah.Pengaruh drama betul!

"Bukanlah,ni suara orang ni." Aku mengikut suara jeritan tu.Mikael ikut aku dari belakang.Sampai sahaja di hujung lorong,aku melihat seorang gadis bertubuh kecil sedang bergelut dengan lelaki yang mungkin berumur dalam 50-an.Ouh...kena kacau rupanya.Aku hanya melihat.Mikael di belakang hanya diam.

Semakin lama aku melihat adegan tu,aku pun tak tahu kenapa aku rasa sakit hati. "Eh,kau tak nak buat apa-apa ke,Evan? Orang tua tu dah mula buka seluar dia."

Aku hanya diam.Aku memandang wajah gadis itu dari jauh.Aku tak tahu kenapa hati aku rasa berdebar-debar.Melihatkan wajahnya yang penat melawan dan memerah akibat menangis itu,aku jadi marah dengan perbuatan pak cik yang tak sedar,diri tu dah tua!

Aku terus melangkah....
"Woi,Evan! Kau nak gi mana?!!" Jeritan Mika di belakang tidak aku hiraukan.Apa yang aku fikirkan sekarang ni ialah aku mesti selamatkan gadis tu!

Buk....Buk...Aku menumbuk muka pakcik tua tu sehingga dia pengsankan diri.Aku memandang gadis di depan mata aku ni.Dia pandang aku,aku pandang dia.Agak lama kitorang bertentang mata seperti itu.Betul jangkaan aku,perempuan di depan mata aku ni cantik betul orangnya! Apa yang menarik minat aku untuk terus menatap wajahnya ialah warna mata dia.Warna chestnut!

Subhanallah....cantiknya ciptaan tuhan.Eh,apa kau merepek ni,Evan.Dosa tahu tak tengok perempuan macam tu.Aku terus menundukkan kepala dan beristigfar perlahan perkara sama yang dibuat oleh gadis itu.She's different! Aduhhh...macam mana boleh terleka tadi....?

"Kau okay?" Aku menegurnya.Setelah 30 saat berlalu,baru dia mengangguk perlahan.Aku menghela nafas lega.Yang jantung ni dari tadi duk dup...dap...dup...dap...dah kenapa?

"Terima kasih awak.Selamatkan saya.Kalau awak takda tadi,tak tahulah apa nasib...." Serak suara dia berkata.
"It's okay.Yang kau parking kereta jauh-jauh tu dah kenapa? Dah malam-malam buta macam ni.Bahaya tahu tak? Kau tu dahlah perempuan." Bebel aku pada perempuan ni.

Aku pun tak tahu kenapa dengan dia,berpatah-patah aku bercakap.Kalau sebelum ni dengan orang luar,memang tak ah aku nak sembang lama-lama.Kadang-kadang tu,aku tak buka mulut langsung.Mikael di belakang aku pun dah terkejut gajah!

Berkerut dahi gadis itu apabila aku tanya dia macam-macam. "Saya ni doktor.Biasalah tu balik lambat.Kena sentiasa on call." Jawab gadis itu lemah.Kasihan pula aku tengok.Badan dia macam nak tumbang dah. "Kau okay tak ni? Kalau tak kita pergi klinik.Aku boleh temankan."

"Takpa....Saya kena balik rumah cepat ni.Terima kasih lagi sekali ya." Lepas ucap terima kasih,dia terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju.Alaaa....dia dah pergi....Eh,hati kau jangan nak mengada-ngada eh.Aku cepuk sat agi! Bila aku menoleh ke belakang,Mikael sudah tersenyum-senyum suka.

"Kau senyum-senyum apa?"
"Amboi...kemain caring tadi.Dah fall in love ke?" Usik dia.Namun,aku hanya menayang muka beku.

"Kau diam! Aku nak maklumat perempuan tu.Aku tahu,esok dah ada atas meja."
"Boleh....takkan....tak boleh.Aku pun curious juga perempuan yang dah berjaya mencuri hati 'ice king' kita ni?"

Apa benda yang jantan ni merepek pun aku tak faham.Aku meninggalkan dia kat belakang sana.Gelak serupa macam orang tak betul.Malas aku nak layan!

Aku masuk ke dalam kereta dan termenung sekejap.Bila teringatkan balik warna mata gadis tadi,cukup untuk membuatkan aku tersenyum kecil.Till we meet again,dear.....

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now