BAB 43:Evan Aafas

47 1 0
                                    

Ringan kaki aku melangkah ke dalam perkarangan hospital ini.Nak jumpa bini lah katakan! Memang hati berbunga-bunga! Walaupun hanya untuk checkup. "Evan Aafas.Bilik 7.Doktor Felora dah tunggu di dalam." Nama aku dipanggil.Laju sahaja aku pergi ke bilik yang dikatakan.Pintuku ketuk perlahan.Terdengar sayup-sayup suara di dalam memanggil masuk.

Aku memulas tombol pintu perlahan dan masuk ke dalam.Terlihat Felora yang sangat profesisonal dalam kerjanya.Dia memandang aku sekilas dan mengarahkan untuk aku duduk di hadapannya.Dia mengangkat kepala dan tersenyum.Alahaiii... belum apa-apa lagi aku dah cair dengan senyuman dia.Ceria hidup aku sepanjang hari!

"How you feeling Mr.Evan? Ada rasa sakit kat mana-mana? Ada rasa pening kepala atau penglihatan tidak jelas?" Dia mula melakukan kerja sebagai seorang doktor pakar bedah mata.Lansung tidak memikirkan aku suaminya.Pandai dia asingkan kerja dan peribadi.Kagum! Aku senyum dan menggeleng. "Kalau macam tu,kita mulakan test sikit boleh?"

"Boleh." Aku jawab sepatah.

15 minit berlalu,dan dari tadi juga Felora tekun membuat kerjaya.Lansung tidak mengangkat kepala.Fokus melihat dan menulis sesuatu di atas medical report milikku.Aku tak marah pun apatah lagi berjauh hati sebab sekarang ni waktu dia bekerja,bukan waktu dia berdating.Amanah tetap amanah! Tapi,best juga sebab aku dapat melihat dan meneliti seraut wajah cantik itu.Wajah yang sentiasa menjadi igauanku.

Aku memanggung kepala.Muka yang serius tetapi masih tenang itu aku tenung lama.Aku mula tersengih nakal. "Doktor? Doktor ni lawalah.Kalau saya nak try boleh?" Hampir terlepas pen yang berada di tangannya.Mungkin tidak menyangka dengan soalanku tadi.Dia memandang aku pelik.Aku menghadiahkan kenyitan mata kepadanya.

"Maaf.Saya dah kahwin.Kalau awak nak tahu,suami saya tu mafia.Tak pasal-pasal pula nanti awak makan peluru dengan dia." Dia tersenyum nipis.Nampak gayanya,dia sudah biasa dan mula menerima dengan sisi aku yang lagi satu tu.Syukur...

"Ouh yeke? Mesti suami doktor tu sweet.Biasanya,mafia ni orangnya romantik.Untung doktor." Aku menyakat lagi.Saja nak ajak dia menyembang.Fokus sangat dengan kerja dia,sampai aku kat depan mata ni pun dia tak hiraukan. "Betul! Suami saya tu dengan orang lain dia macam harimau,tapi dengan saya dia macam anak kucing.Lembut dan comel jer."

Mata aku terbuntang luas mendengar jawapannya. "Eh,abang tak comellah! Abang handsome okay!" Aku menjawab laju.Muka dah cemberut habis.Protes dengan bini punya pasal! Aku yang mafia ni dia kata comel.Tak kena betul dengan imej aku yang beku dan heartless ni! Dia mencapai tangan aku dan mengelus lembut.Tapi,aku buat tak tahu jer. Hmph! Merajuk!

"That's why I can tell,I am someone special to you.Betul kan?" Dia mencium tanganku.Aduhaii...Evan! Apasal kau ni cepat sangat cair dengan bini sendiri.Aku memandang ke arahnya.Tapi,ada benar juga kata-kata Felora.Sisi aku yang sweet dan playful ni hanya untuk dia.Aku membalas senyuman Felora.

"Yes.That's true.You are special to me." Aku merenung dia sehingga dia sendiri yang menundukkan muka.Aku tertawa kecil.Aku lihat jam di telefon.Dah habis waktu kerja! Aku menolong dia mengemaskan meja kerjanya yang sedikit beselerak.Ouh ya! Aku naik grab datang sini sebab nak balik dengan Felora.Overkan? Terpaling ada bini! Ada aku kisah!

Di dalam kereta,
"Abang....abang perlu ke pergi ke Itali tu?" Felora bertanya sebaik sahaja aku mula memandu keluar dari kawasan hospital.
"Kenapa? Sayang nak ikut ke?"
"Ish,takdalah.Cuma...." Dia teragak-agak untuk bercakap.
"Takut rindu ke?" Aku mengusik dia.Tapi,tak sangka pula Felora menganggukkan kepalanya.Suka aku melihat balasan si dia.Sentiasa jujur dengan perasaan cinta dia.Ni yang buat aku lagi bertambah sayang. "Abang terpaksa pergi sayang....sebab ini projek besar.Abang janji,habis jer meeting,abang terus balik rumah.Lagipun,Mikael ada sekali."

Dia diam tidak berkutik.Lambat laun barulah dia perlahan menganggukkan kepala.Tetapi, seperti berat hati untuk melepaskan aku pergi.Aku menarik dia rapat dengan dadaku dan melabuhkan ciuman hangat pada dahinya. "Don't worry okay? Just wait for me." Aku berbisik di tepi telinganya lalu meniup perlahan.

"Abang! Apa peluk-peluk orang ni! Abang tu kan tengah driving." Terkial-kial dia melepaskan rangkulanku.Sebenarnya,dia takdalah kisah sangat dengan cara aku memandu sebab dia tahu aku cekap walaupun bawa kereta laju macam pelesit.Tak lain tak bukan,itu modal dia untuk menutup malu.

"Eleh,kedekut.Takpe,balik rumah nanti kita peluk and kiss dia banyak-banyak.Nak buat bekalan rindu 3 hari nanti dekat Itali." Dia menepuk paha aku perlahan.Aku menggenggam tangannya dan cium dengan lembut.Confirm,aku akan rindu dengan isteri aku yang cute miut ni!

Pada pagi ini,aku mula berangkat ke Itali.Dari tadi juga,aku lihat Felora lebih banyak berdiam diri.Sekarang ni,dia sedang memasukkan lebihan baju aku ke dalam bagasi milikku.Sugul sahaja wajahnya.Aduhh..tak sampai hati pula nak tinggalkan bini. "Sayang...."

Dia yang sedang mengelamun panjang tersentak kecil apabila aku memanggilnya.Cepat-cepat dia menutup raut sedihnya dengan senyuman nipis.Aku tahu dia masih sedih.Sebelum ni,mana pernah kitorang berpisah jauh. "Yer...abang nak apa?" Dia bertanya lembut dan melangkah ke arahku. "Tolong pakaikan." Aku memberi tali leher itu kepada Felora.Felora tanpa banyak bunyi mematuh arahanku.Dia mula menyangkutkan tali leher dan mengikat kemas.Aku merangkul pinggang dia.

"Kenapa sayang abang ni diam jer dari tadi?" Aku bertanya lembut.Selesai,mengikat tali leherku dia memandang aku.Alamak! Mata dia dah mula merah.Petanda bila-bila masa sahaja mutiara bernilai itu akan turun. "Hei,abang pergi tak lama pun,Fiore.Abang janji,habis sahaja kerja kat sana,abang terus balik sini.Janganlah macam ni,sayang.Risau abang nak tinggal sayang sorang-sorang." Suami mana jer yang tak cuak.Sumpah aku cakap,kalau projek ni tak penting,dah lama aku send Mikael jer untuk hadir.Tapi,keadaan tak mengizinkan.

Dia tersenyum dan memeluk aku erat. "Abang cepat-cepat balik tau.Felora tunggu." Aku mencium kedua belah matanya dan mendakap dia erat. "Wait for me,my love Fiore....."

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now