.......

50 0 0
                                    

Aku dan Evan singgah seketika di RnR untuk solat jamak zohor dan asar.Sedang aku menunggu Evan,di depanku ini tempat parkir motor.Ada sekumpulan remaja yang bawa motor EX5 sedang main-main rem motor.Aku buat tak tahu jer.Tiba-tiba,aku dengar bunyi siulan kecil dari mereka.

Amboi,gatalnya! Ini dah habis spm ke belum ni? Dasar budak zaman sekarang.Aku yang tua banyak dari diorang pun nak kacau.Salah seorang dari mereka yang duduk di atas motor berwarna merah mula berbicara. "Lawanya si cantik manis ni.Sorang-sorang je ke?" Ayatnya mendapat sambutan gelak beramai-ramai dari kawan.Aku buat dek jer! Budak kan.Tak matang.

Selepas itu,seorang lagi mula berpantun.

"Budak kampung bersendiri,
Ibu di rumah mengajak makan,
Kasihan si cantik seorang diri,
Nak abang temankan?"

Wahhhh.....pandai mengayat budak ni.Ayat yang minta kaki! Kau sabar jap,dik! Aku yang baru ingin membalas,tiba-tiba ada suara garau yang mencelah.Tak lain tak bukan,suami aku! Evan tersenyum sinis dan menjawab pantun budak tadi.Dah orang belanja pantun,kita balaslah balik!

"Hobi aku membunuh sesuka hati,
Lagi-lagi budak mentah macam korang ni,
Muda-muda dah tempah mati,
Nak aku tembak kat kepala ke,hati?"

Ambik kau! Sedas Evan bagi.Dah takda dah ayat sopan dia.Aku tengok budak-budak baru nak up tadi terus memecut laju meninggalkan kawasan RnR. "Kecil-kecil dah menggatal." Aku dengar Evan menggumam perlahan.Aku hanya tersenyum.Boleh tahan juga jealous si Evan ni!

Kami sambung perjalanan.Dalam kira-kira 30 minit begitu.akhirnya tiba juga ke kampung halamanku.Evan mengangkat satu bagasi besar.Kami berjalan beriringan.

"Asslammualaikum." Salam kuberi.Tetapi,tiada orang menyahut.Evan masuk terlebih dahulu dan diikuti aku di belakangnya.Belum apa-apa,Evan yang sudah masuk ke dalam rumah ditumbuk oleh seseorang.Terkejut aku dibuatnya.
Allahuakbar!
"ABANG!!!!"

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now