BAB 25:Evan Aafas

68 2 0
                                    

2 bulan 2 minggu telah berlalu.Tempoh memberi masa hampir tamat.Tetapi,Felora tetap tidak memberi kata putus lagi.Setiap kali kitorang berjumpa sebab appointment aku akan bertanya,tiap kali tu juga dia akan melarikan diri.Dia takut dengan aku ke? Dia menolak ke? Atau dia dah berpunya? Ish....tak mungkin!

Janganlah dia menolak.Boleh menangis aku dibuatnya.Tak pasal-pasal nanti aku jadi Kasim Selamat versi moden!

Sekarang ni,aku berada di taman rumahku.Walaupun aku tak dapat melihat keindahan di depanku ini,sekurang-kurangnya,aku dapat dengar bunyi air terjun buatan sendiri dan kicauan burung.Cukup untuk menenangkan hatiku.Aku mendengar derapan kaki seseorang.

"Jauh Aafas termenung.Fikir pasal Felora lagi ke?" Ouh.....mama rupanya! "Haah ma...Aafas takut dia menolak.Kalau dia tak terima lamaran Aafas,macam mana?" Mamaku,Datin Siti Hajar sangat senang apabila mendengar berita bahawa aku melamar seseorang.Ni tak lain tak bukan,,mesti Mikael tenuk tu yang buka cerita!

"Aafas....ni mama nak pesan sikit.Felora pun berhak untuk menentukan siapa pasangan hidup dia.Kita tak boleh nak memaksa.Kamu boleh mencintainya,tapi biarkan dia mencintai pilihannya." Betul juga apa yang mama cakapkan tu.Haih....entahlah....

"Bro!! Nah Felora call." Aik,Felora call.Lebih tepat lagi,dia call aku! Wahhh...petanda bagus ni.Agak-agak dia nak bagi jawapan tak! "Bincang elok-elok.Mama masuk dulu." Aku mengangguk.

"Assalammualaikum...." Aku memberi salam dan dijawab olehnya.Ini ke perasaan kalau dah jatuh cinta? Sentiasa ingin tersenyum walaupun hanya mendengar suara dia.

"Awak...."

Aisey....dia main guna suara mendayu dia pula.Sekarang juga aku heret dia jumpa tok kadi kang! Tak boleh jadi ni,Evan kau jangan cepat sangat tergoda.Jadi beku sikit dengan dia ni! "Emmm....nak apa?" Aii...aku guna suara dingin pun dia boleh tergelak.Suka....suka....

"Saya nak bagi jawapan ni.Tak nak dengar ke?"

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now