.......

67 3 0
                                    

"Atuk,nenek.Kami berdua blik dulu yer?" Aku menyalam dan memeluk kedua-dua orang yang banyak berkorban untuk aku.Aku tak menangis ke? Gila kau aku tak menangis?! Rupa-rupanya,Evan nak aku duduk rumah dia.Katanya lebih privasi.

"Sudah,yang kamu nak menangis beria-ria ni dah kenapa? Atuk tak nak tengok kamu buat dram pukul 7 kat sini.Evan! Kamu jaga cucu atuk ni elok-elok.Kalau degil sangat,humban jer dalam kolam ikan." Atuk. kata selamba.Mulut atuk aku ni,memang dari dulu sampai sekarang tak makan saman.Memang takda orang yang berani nak saman atuk aku ni ke?

Aku mencebik. "Atuk,mana saya sampai hati nak humban dia dalam kolam ikan..Nak cuit dia sikit malam tadi pun dia tak bagi." Aku memukul lengan dia.Memang jenis tak tahu malu betul Evan ni.Kisah dalam bilik diam-diam dah lah.Dia hanya ketawa suka.

Mikael yang turut ada sekali hanya serius muka dia.Takda mood lah katakan.Aku malas nak tegur.Nanti kena sembur balik,naya! "Kami gerak dulu yer.Assalammualaikum."

Di dalam kereta,
Mikael yang memandu kereta.Aku dan Evan duduk di bahagian penumpang di belakang.Mata aku mula memberat.Dah banyak kali aku menguap.Aku melentok manja di bahu Evan yang lebar.Evan yang sedang berborak dengan Mikael tentang kerja menoleh ke arahku.

Dia diam tak kata apa-apa.Dia merendahkan sedikit bahunya supaya aku lebih selesa.Yelah,tinggi dia 187cm,yang aku ni pula 160cm.Kan jauh beza tu! Dia mengusap lembut kepalaku.

"Sayang mengantuk yer? Takpalah tidur dulu.Jauh lagi perjalanan." Aku mengangguk sahaja sehinggalah lena bertamu.

Ti Amo Mr Blind MafiaDär berättelser lever. Upptäck nu