BAB 40:Evan Aafas

62 2 0
                                    

Kertas-kertas yang bersepah atas meja kerja aku kemaskan.Pantang betul aku kalau barang-barang tak tersusun ni.Semak biji mata.Sekarang mata tertancap pada fail projek di Itali yang telah di bom bulan lepas.Satu persatu helaian aku semak dengan tekun.Tak nak ada kesilapan sama berulang lagi.Mungkin dalam 2 minggu lagi aku akan ke Itali.

Dalam keadaan aku yang sibuk membelek dokumen dan tandatangan untuk setiap projek,pintu bilik kerja aku diketuk dari luar.
"Masuk." Tegas nada suara aku mengizinkan tetamu yang berada di luar. "Evan,you need to see this!" Hadriel? Apa yang dia buat kat sini.Takde kerja ke mamat ni?

"Tengok apa?" Aku layan dia acuh tak acuh.Orang dah lah banyak kerja ni.

"Kau ingat tak,masa dekat hospital kau suruh aku cari maklumat keluarga Felora sebab kau rasa curiga kan? And look what I found." Aku memandang pada macbook milik Hadriel.Aku baca baris-baris ayat itu dengan teliti.Makin ke bawah aku baca,makin berkerut muka aku.Ayat terakhir.... 'Martin Bernard bekas mafia terhebat mati dibunuh.Hatta Ridzuan dan Alessandro Livio merupakan rakan subahat dalam kemalangan yang terlibat.'

Terbuntang biji mata aku.Tak mungkin! Ayah aku punca ayah Felora.... Nonsense! "Hadriel,tak...tak mungkin ayah aku buat macam tu.Dalam profile peribadi dia mana ada nama ayah Felora dalam rekod musuh.Dalam data black rose pun tak pernah wujud." Aku mula tak senang duduk.Dari sedap duduk,aku terus berdiri dan meraup muka aku.Ya Allah....

Mikael masuk ke dalam bilik aku. "Apahal ni?" Dia bertanya.Hadriel menunjukkan macbook itu kepada Mikael.Reaksi yang sama macam aku apabila dia selesai baca.Aku menumbuk cermin tingkap.Nasib baik tak berderai. "Evan,sabar.Benda ni..." Belum habis ayat Mikael aku laju memotong.

"Sabar? Kau suruh aku bersabar? Kalau Felora tahu,aku nak jawab apa depan dia? Kalau dia tahu yang suami dia ni punya bapak yang penyebab dia anak yatim piatu,kau rasa apa yang dia akan buat kalau tak minta cerai!" Dada aku dah berombak kasar.Ya Allah...apa nanti reaksi Felora.Buatnya dia lari dari aku.Aku tak sanggup.Aku perlukan dia dalam hidup aku.

"Evan! Kau boleh bertenang tak? Yang sampai nak cakap cerai-berai ni dah kenapa? Cuba mengucap sikit." Hadriel menegur aku.Suaranya juga ternaik satu oktaf menandakan tidak suka dengan apa yang aku katakan tadi.Aku terduduk lemah.Satu hakikat yang sangat besar dan susah untuk aku terima.

"Kau jangan risau,Evan.Benda ni pun tak pasti betul ke tak.Aku akan cari lagi maklumat.Sebab ada something yang missing.Sekarang ni,kau nak buat apa?" Aku memandang Hadriel dan Mikael silih berganti.Aku bangun dan menuju ke arah mereka berdua.Aku memegang bahu Hadriel dan Mikael erat.

"Tolong aku jangan buka mulut selagi kebenaran belum ada.Terutamanya,Felora.Tolong....aku mohon sangat.Ak....aku...Aku tak sanggup hilang dia...." Evan jatuh melorot.Buat pertama kalinya aku berada dalam keadaan macam ni.Terseksa sangat-sangat.Sayang betul aku pada Felora. "Jangan risau Evan.Rahsia ni selamat dalam tangan kitorang.Sekarang ni,kita hanya perlu cari kebenaran tu terlebih dahulu sebelum orang lain buat cerita." Mikael memujuk aku.

Lucca menepuk bahu aku lembut.Mungkin tidak sampai hati melihat keadaan aku lemah begini.

"Jangan macam ni,Evan.Kau kena fokus untuk projek di Itali tu.Hal ni,biar aku yang settlekan." Aku membalas senyuman Hadriel .Tetapi,senyuman hambar.

Seseorang dalam kereta,
Aku mendengar perbualan tiga sahabat tu.Aku mematikan telefon dan masukkan ke dalam kocek.Banyak benda dalam kepala otak ni yang nak kena fikir.Aku menghembus nafas berat.Aku menelefon Rayden.

"Abang,aku dah jumpa maklumat diorang.Evan ada event dekat Itali." Aku beritahu Rayden.
"Bagus,ada apa-apa update pasal kumpulan Black Rose?" Aku berfikir sejenak.Mengingatkan tentang Evan yang terlalu sayangkan Felora dan kebenaran yang masih belum terungkap.....

"Belum." Aku beri jawapan mudah.Terus aku putuskan talian.Tidak sanggup aku beritahu abang kembar aku.Tiba-tiba aku rasa macam ada yang tak kena.Seolah-olah ada seseorang yang bergerak dalam diam dan tinggal untuk mencapai kejayaan?

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now