.......

67 4 0
                                    

"Emmm.....kalau macam tu.Atuk rasa boleh teruskan." Sekejap,sekejap! Asal semua orang buat keputusan sendiri ni? Asal tak tanya aku apa-apa? Aku ni tunggul ke?

Aku memandang nenek.Nenek yang memahami terus mencelah. "Kenapa terburu-buru sangat ni? Kita tanya Felora dulu,dia setuju ke tidak.Tak adil kalau kita dengar sebelah pihak jer." Kata nenek lembut.

Atuk yang baru nak membangkang nenek mencerlung tajam.Amik kau! Sedas nenek bagi.Atuk terus mendiamkan diri.Takut dengan nenek juga atuk aku ni!

"Hah,Lora.Apa kata kamu? Terima tak lamaran Evan ni?" Tanya Mak ngah.Aku diam tidak berjawab.Aku memandang wajah Evan yang berharap.Aku memandang pula muka ahli keluargaku yang tidak berkelip mata memandang.

Aku mengeluh perlahan.Bukannya aku tak nak.Aku memang suka Evan.Kan aku pernah cakap bunga-bunga cinta tu dah wujud.Tapi,aku rasa macam semua ni terlalu cepat.Evan pun aku belum betul-betul kenal lagi.

"Kalau saya minta masa boleh?" Aku jawab perlahan mengharapkan dia faham.Evan hanya tersenyum kecil khas buatku.Kenapalah senyuman dia tu manis sangat! Dia terus bangun dari tempat duduknya.

"Baiklah,saya akan bagi awak masa 3 bulan.Take your time.Saya setia menunggu.Tapi,saya harap awak tak menolak." Katanya tenang seperti dapat mengagak jawapan aku tu.

"Saya dan Mikael balik dulu lah.Dah lewat sangat ni." Evan dan Mikael menyalam Along dan atuk dan terakhir sekali Pak ngah. "Terima kasih sebab selamatkan Felora." Evan hanya mengangguk.

Aku menghantar pemergiannya sehingga di depan pintu kereta milik Mikael. "Maaf awak.Say tak boleh bagi jawapan sekarang." Evan menggeleng perlahan dan tergelak kecil. "My Fiore! Memanglah awak perlu masa.Kitakan baru kenal.Tapi,saya harap awak tak menolak pinangan saya.Saya boleh bahagiakan awak." Yakin betul mamat ni.

"Awak yakin boleh jaga saya? Saya ni dahlah nakal.Susah nak jaga.Kita ni bercinta pun tak pernah." Kataku berlagak.
"Islam ajar,bercinta selepas kahwin lebih manis sebab dah halal.Saya takkan ajak awak buat perkara haram." Dush.....mak aiiii! Boleh tahan ustaz Mafia ni berbicara.

"Kalau saya menyusahkan hidup awak macam mana?" Aku tetap tidak mahu kalah.
"Hidup saya lebih susah kalau awak tak ada di sisi saya.Tapi,kalau awak rasa ingin mengundur diri,saya takkan halang." Kenapa cara dia jawab seolah-olah tak bersungguh nakkan aku? Macam mudah putus asa.

"But,too bad,dear! I hate lose! I will make you fall in love with me.No matter how and no matter what happened,I will face it!" Jawapan yang aku tak sangka dan membuatkan aku terdiam.Menyedari diri aku yang tergamam dia berlalu pergi ke pintu kereta.

"Sweet dreams,Fiore! Jangan lupa buat solat istikarah!" Dia menjerit di tepi kereta.Betul ke aku akan bahagia dengan dia?

'Ya Allah,jika betul dia pemilik tulang rusuk kiriku ini,kau permudahkanlah segalanya.Tapi,jika tidak.Kau jauhkanlah kami seolah-olah terdapat juang besar antara aku dan dia.'

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now