BAB 5:Felora Aleena

90 6 0
                                    

Aku sampai ke rumah dalam pukul 12.30 pagi.Aku berharap mak tiri aku sudah tidur.Perlahan-lahan aku masuk ke dalam rumah.Baru aku ingin melangkah ke bilik tidurku, "Kau baru balik? Dah buta mata kau sampai tak reti nak tengok jam.Kau pergi mana,hah? Menyundal!"

"Astagfirullah....mak....Lora kerja sampai lewat malam tadi.Lepastu ada hal sikit." Sedih hati aku apabila mak menuduh aku buat perkara tak senonoh.Mana pergi hati nurani seorang ibu dia.Bukan ke dia perempuan juga?

Aku faham bahawa aku bukan dari darah dagingnya.Tapi,pada hari arwah papa melafazkan akad nikah ke atas diri dia,pada saat itulah aku berjanji pada diri untuk menghormati dan menyayangi dirinya seperti ibu kandung aku sendiri.Tapi,kenapa dia benci aku...

"Sudah,kau jangan nak menipu aku! Ayat yang keluar dari mulut longkang kau tu semua tak boleh pakai! Kau ni hidup memang suka menyusahkan orang kan.Sama macam mak kau.Kalau macam ni,baik aku jual kau kat bapak ayam jerlah! Ishh..aku ingatkan bila kahwin dengan bapak kau aku boleh kaya.Tak sangka pula orang tua tu pendek umur...."

Panas telinga aku dibuatnya apabila dia mengata orang yang suah meninggal dunia 10 tahun lepas.Dan apa yang aku tak boleh terima ialah,orang yang kutuk tu,MAK BAPAK AKU!!!! "Mak....kalau mak nak benci,benci saya seorang jer,Dan kalau mak nak mengutuk saya...mengata saya....dipersilakan.BUT NOT MY PARENTS!"

Maaf mama....Lora terpaksa kurang ajar.Tapi,sabar Lora pun ada had dia.Dia kutuk papa...,dia kutuk mama....Lora tak boleh terima.

"Kau jerkah aku betina! Tak guna kau!!!!" Tak sempat aku mengelak,dapat kurasakan pipi kananku pijar akibat ditampar.Tak cukup tu,dia menolak dan menendang kuat perutku.Ya Alla....Sakit daripada aku bergelut tadi pun tak hilang lagi,tambah pula sakit baru nak kena tanggung.Ya Allah....kau kuniakanlah aku kesabaran yang tinggi.

"Kau berambus sekarang.Tak hamak aku nak tengok muka jijik kau ni lagi!" Halau dia serupa aku ni kucing kurap di matanya.Aku bangun perlahan menahan pedih.sempat lagi dia meludah tepat pada mukaku.Dugaan apa ni....

Aku masuk ke dalam bilik dan menguncinya.Baru beberapa tapak aku melangkah,tubuhku kembali menyembah lantai dan menangis sekuat hati.Ya Allah....Sakit....Mama...Lora sakit ma...Papa...dia jahat...Lora dah tak tahan hidup macam ni.Hidup bagaikan dalam sangkar.

Aku menangis sampai aku puas.Hanya dengan cara itu sahaja yang boleh menenangkan diriku.Aku berdoa agar ada seorang hamba Allah yang boleh bawa aku keluar dari neraka dunia ni.Aminnn....

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now