BAB 51:Evan Aafas

51 2 0
                                    

Saban hari,bukti yang masih dicari belum dijumpai. Mikrocip yang menyimpan seribu jenis rahsia masih hilang tiada jejak.Evan Aafas tetap tak berputus asa.Demi,orang tersayang,dia sanggup gadaikan semua.Asalkan isteri tercinta kembali berada di sisi.Sekarang ni,aku sedang ralit memerhati gambar kahwin kami yang aku framekan dan letak di atas meja kerjaku.Sedar tak sedar,dah hampir 10 bulan usia perkahwinan kami.Aku tersenyum kecil. In Syaa Allah,ada rezeki jodoh aku dan Felora takkan ke mana.Tiba-tiba,aku dengar bunyi ketukan dari luar. "Masuk." Gambar aku letakkan kembali di atas meja.Aku memandang Mikael yangg tersenyum kepadaku.

"Ada apa?" Aku bertanya. Mikael mengambil tempat duduk di depanku. "Malam ni kumpulan King's akan berkumpul.Jadi,serang hendap atau terus berentap?" Aku mengambil nafas dalam-dalam.Semua benda sekarang ni sangat kacau-bilau. "Terus berentap." Aku membuat keputusan dan mendapat anggukan kecil daripada Mikael. Tetapi,untuk misi kali ni,Rayden,Rayyan dan Aiman tidak turut serta.Diorang pun ada kerja masing-masing.Bukannya,kerja duduk goyang kaki kat rumah.Aku faham keadaan diorang.

Waktu malam pada tepat pukul 12,anak-anak buah aku sudah siap sedia mengambil tempat masing-masing.Kemungkinan besar,pertumpahan darah akan berlaku.Tidak lama kemudian,aku melihat beberapa buah kerata hitam edisi keluaran terbaru sedang mengiringi satu kereta mewah limosin berwarna emas. Hmph! So....King's style! Aku memberi isyarat tangan kepada anak buahku yang beada di sebelah kanan untuk bersedia kerana mereka yang akan menjadi barisan hadapan.

Apabila aku memberi isyarat kedua,maka anak-anak buahku memulakan langkah dan pertempuran bermula! Keadaan King and the gang yang tidak bersedia membuatkan mereka kelam-kabut membalas serangan.Tapi,tak semudah itu! Aku dan Mikael keluar serentak daripada arah kiri dan kanan.Bunyi tembakan memenuhi kawasan tersebut.

Tetapi,sedang kami semua berentap,ada satu kumpulan misteri berpakaian serba hitam dan memakai hoodie menutup kepala mereka menyerang dari arah bertentangan.Pakaian mereka seolah-olah seorang pemburu yang memburu mangsa dan musuhnya.Aku pelik apabila kumpulan misteri itu tidak menyerang kami tetapi berlawan dengan King.Sedang aku berlawan dan menumpaskan salah seorang anak buah King,aku berpusing dan salah seorang darinya dari kumpulan misteri itu bertempur denganku.Aku terkejut tapi pantas mengelak serangan itu.Pisau rambo dia genggam kemas di tangan.Aku tak dapat lihat wajahnya kerana dia memakai mask dan menutup kepala dengan hoodie.

Tanpa berlengah,dia memulakan langkah dan menyerang aku.Pisau itu dia hayunkan kiri dan kanan untuk menyerang tulang rusukku.Aku cuba mematahkan serangan dia dengan menyambar pergelangan tangan namun dengan pantas dia mengkilas tanganku.Pergerakan dia sangat pantas dan handal dalam mempertahankan diri.Aku menendang kepala lututnya dan dia terjatuh.Aku naik di atas dia dan pistol aku acukan pada kepala tapi dia sempat menahan dengan pisau rambonya.

Aku terlihat pada jari manisnya dan terkedu.Cincin tu.....Ya Allah! Aku memandang dia dan dia memandang aku.Sekarang aku tahu dan sedar dengan siapa aku berlawan.Tak sampai beberapa minit kami bertentangan mata,dia sudah menolak aku kasar sehingga aku terjelopok di sebelahnya.Dengan pantas dia bangun dan berpusing.Aku juga membuat perkara yang sama sehinggalah.....

Kami berdua berdiri berhadapan dan masing-masing mangacukan pistol antara satu sama lain.Aku memandang mata chestnutnya dan dia memandang mata kelabu gelapku.Sedih aku melihat dirinya yang berubah 360 darjah ini.Disebabkan aku ke dia jadi macam ni?

"Apa awak buat dekat sini?" Dia bertanya.Aku hanya ketawa kecil dan sedih nadaku jelas kedengaran.
"Should I ask you the same thing,Mrs Evan?"

Lamanya tak update!!!!! Kitanya busy awak.Dengan assessment dan assignment lagi nak kena submit.And my final exam just around the corner.Lagi 4 weeks jer,dan In Syaa Allah,author akan keep update.Doakan author okay? Sayang semua readers ketat-ketat ❤️😘

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now