.......

55 3 0
                                    

Pada waktu malam,kami sekeluarga menunaikan solat maghrib bersama.Selepas usai makan malam,keluarga Aisyah pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari rumah nenek.Kalau jalan kaki pun,boleh sampai.Katanya mahu berbincang tarikh tunang Along dan Kak Mawar.

Aku tak nak lah menyibuk,jadi aku duduk rumah nenek.Maksu dan Hanna pula pergi ke hospital kerana Muiz demam panas.
"Felora,nenek dan atuk pergi ke masjid dulu yer.Ada tahlil di sana.Duduk rumah elok-elok.Kunci pintu." Ujar nenek.

Aku hanya mengangguk malas.Mata aku dah berat ni minta tidur.Aku menghantar atuk dan nenek sehingga ke pintu.Selepas itu,aku menguncinya.Kini,tinggallah aku sorang-sorang.Aku terus masuk ke dalam bilik dan tidur.Aku pun tak tahu kenapa badan aku penat sangat.

Sedang aku diulit mimpi,aku dapat merasakan ada tangan yang melilit pinggangku.Mula-mula aku tak hiraukan.Mungkin khayalan aku jer.Tapi,apabila tangan itu mula mengurut kasar pinggangku,badan aku terus mengeras.Aku tak rasa ni mimpi.Hantu jauh sekali!

Perlahan-lahan aku memusingkan kepala.Tanpa aku sangka,Zul yang berada di sebelahku.Aku ingin menjerit tetapi dengan pantas dia menekup mulutku.Zul menggelengkan kepalanya.Badan aku sudah menggigil dan terasa sejuk apabila tangan dia bermain di perutku.

"Let's have fun tonight,babe!" Ya Allah....takkanlah lagi sekali! Aku tak sanggup.Kali ni,Evan jauh dengan aku.Orang lain pun takda di rumah ni.Sepatutnya,aku ikut jer nenek pergi masjid.Celaka kau,Zul!!!!

Siapa yang nak selamatkan aku kali ni.Sekarang ni,aku hanya mampu berdoa pada-Nya.

'Ya Allah.Aku sudah sehabis baik menjaga maruah aku dari tercemar.Jadi,sekarang,tolong aku peliharanya,Ya Allah....' Aku hanya menitiskan air mata apabila tangan Zul nakal menjalar di seluruh tubuhku.Dia merentap kuat pakaian tidurku.

'Allahuakbar!!!!' Jeritku kuat dalam hati.

Tiba-tiba pintu bilikku dirempuh kuat oleh seseorang.Aku lantas menggigit tangan Zul dan menjerit kuat.
"EVAN!!!! TOLONG!!!!" Dan Zul menampar mulutku kuat.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now