.......

65 3 0
                                    

"So,Lora.Mana husband kau? Kitorang nak tengok handsome ke tak." Tanya Rayden selamba.Aku yang baru ingin memusing untuk mencari suamiku,dia terlebih dahulu berdiri sebelahku.

"Lora's cousin?" Tanya Evan kepada mereka sambil menghulur tangan.Rayden ramah menyambut.Rayyan pula aku tengok seakan-akan tergamam dan teragak-agak ingin menyalam tangan Evan.Perkara ni berlaku sama dengan Pak ngah semasa di rumah nenek dan pak su yang berjumpa dengan Evan tadi.Kenapa eh? Entahlah! Malas nak fikir.

"Eh,bro's!!" Lama gila tak jumpa.Ingatkan duduk Rusia dah tak ingat jalan balik Malaysia." Kata Along sambil memeluk pasangan kembar itu.Aisyah dan Hanna turut ada sekali.Akhirnya,sepupu aku dapat berkumpul kembali.

"Kami semua memang rapat.Macam adik-beradik kandung.Dah lama kami tak bersua muka." Aku berbisik pada Evan.Evan hanya mengangguk.

Semasa sesi menangkap gambar,
"Puan,tolong jangan keraskan badan.Nanti gambar tak cantik." Macam mana aku tak keras kalau pelbagai aksi romantik perlu dibuat.Aksi biasa-biasa dah lah! Ni nak kena peluk,cium bagai.Malu tahu tak! Yang sepupu aku pula,semua jenis menyakat.Lagi kebaslah muka aku.

"Peewiiitttt.....Sweet betul kita punya mempelai ni." -Rayden
"Peluk lah rapat-rapat sikit Lora.Malu-malu biawak pula." -Aisyah
"Alolololo.....jangan cakap abang tak payung." -Along

Ish....diorang ni memang nak kena.Rayyan dan Hanna menahan diri dari tergelak.Takpe geng,ada lori,ada bas! Evan tersenyum mendengar usikan sepupu-sepapatku.Dia cuba merapatkan jurang antara kami.Aku menapak ke belakang.

"Kenapa ni,sayang?"

Meleret suara dia bertanya.Tolonglah Evan,jangan buat suara macam tu boleh tak?!! "Saya malu.Tak biasa."
"So,I'm the first.How lucky I am." Dia berkata.Yang aku pula masih beria-ria mengundur ke belakang.Tak tahulah aku tiba-tiba tersalah pijak,aku menjerit kecil.Belum sempat badan aku mendarat atas tanah.....

Satu tangan memeluk pinggangku. "Careful,Fiore.Muka abang ni macam monster ke? Takut betul sayang dengan abang." Dia ketawa perlahan.Aku pula sudah tergamam.Jarak kitorang tersangatlah rapat.Sehingga aku boleh rasa nafasnya di pipiku.

"Awak saya malu lah."
"Okay.Jangan gerak.Nice shot." Kata cameraman.
"Kalau malu,close your eyes." Kata Evan dan aku mengikut cakap dia.Tapi,baru beberapa saat aku menutup mata,dapat kurasakan dia meniup lembut wajahku.Geli!

Secara tak sedar,aku melepaskan tawaku.Dia juga turut sama ketawa.Cameraman tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar bahagia kami.Perfecto!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now