.......

69 4 0
                                    

Lagi sekali,Felora di dalam bilikku sambil menyemak medical report di tangannya.Sikit pun tidak memandang wajah aku.Dari tadi juga dia diam.Dia hanya bertanya soalan bila perlu sahaja.

Hah,Evan.Apa lagi! Minta maaflah.Say....I'm sorry...Bukannya susah pun! Tapi,kenapa berat sangat aku nak ucap kata maaf tu!
"Felora..."

"Call me doktor Lora.Kita bukannya kenal sangat pun." Amboi,tegasnya.Garang betul doktor ni yer....
"Saya nak minta maaf doktor Lora.Saya tak ada niat nak tinggikan suara tadi."

Akhirnya terluah juga kata maafku.
"Takpalah.Saya tak ambil hati pun.Saya faham." Kata dia lembut.Keadaan menjadi sunyi kembali.Aku rindu nak tengok muka dia.Aku rindu nak tatap anak mata dia yang cantik tu! Tapi...aku tak boleh.

"Encik Evan,boleh saya tanya sikit?" Pelik! Dia nak tanya apa? "Emm....tanyalah."
"Betulkah Evan Aafas,CEO muda dan King of mafia tu orang yang sama?" Alamak...apa pula aku nak jawab ni.Kalau tipu,kira berdosa.Tapi,kalau aku jujur,nak ke dia berkawan dengan pembunuh macam aku.Ala....bantai jer lah!

"Betul."Sepatah jer yang aku jawab.Tak nak aku jawab panjang lebar.Buatnya tersasul apa-apa,tak pasal jer nanti!
"Kenapa? Awak takut?" Aku sengaja ingin menduganya.
"Tipulah kalau saya cakap saya tak takut.Tapi,bila teringatkan balik awak pernah jadi Iron Man saya.Saya rasa terhutang budi dan perlu rawat awak." Awww...so sweet....Maknanya selama ni,dia pun ada teringat pasal aku lah! Bagus...Bagus...

"Iron Man?"
"Yelah Iron Man.Sesuai dengan awak." Iron Man pun Iron Man lah cik Lora oiii....
"Encik Eva,sebenarnya saya ada sesuatu yang nak dibincangkan." Aku tak membalas,aku hanya menunggu apa yang dia nak cakap seterusnya.Sepenuh perhatian aku beri kepada dia.

"Kalau Encik Evan tak kisah....Boleh saya proceed dengan pembedahan mata encik.InsyaAllah,saya jamin yang Encik Evan boleh lihat semula."
"Serius?? Kalau macam tu saya setuju."

Kalau pembedahan mata ni berjaya maknanya aku boleh lihat wajah cantik Felora semula dan aku boleh terus lindung dia? Yahoo....terima kasih Ya Allah! Kau permudahkanlah segalanya.

Ti Amo Mr Blind MafiaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant