.........

55 1 0
                                    

Aku berhenti apabila lampu isyarat bertukar kepada warna merah.Otak aku sumpah tak mampu nak fikir apa-apa lagi.Takpa Evan, aku kena kuat,lagipun kebenaran sebenar belum terungkap.Jangan putus asa! Aku tak boleh biarkan Felora lihat aku dalam keadaan macam ni,nanti mesti dia syak sesuatu.

Aku mengelap sedikit cermin superbike aku yang berhabuk.Memang dah lama aku tak merempit atas jalan sebab sebelum ni aku lebih selesa naik kereta.Tak tahulah demam apa tiba-tiba aku rasa macam nak bawak awek aku dua tayar ni! Jom,acah-acah sikit bagi rem!

Wwwwweeeeeggghhh!!!!! Fuhh,nikmat betul bunyi dia.

Aku pandang sebelah kiri.Lama pulak lampu merah ni.Eh,mem kita ada kat sebelah lah! Bagi mini love sikit! Tapi,Felora tak melayan pun.Dia hanya memandang aku dengan sebelah kening yang terjungkit.Aku mengarahkan dia turunkan cermin kereta.Turun sahaja cermin....

"Fuyoo....,Awek,awek! Minta nombor boleh?" Aku mengacau dia.Dia hanya tersenyum melayan kerenah aku. "Sorry,saya dah taken.Ada hati yang nak kena jaga." Dia membalas selamba.Wahh....Ini mencabar namanya.Boyfriend awak tu,suami awak tau,cik Felora oi!

"Alaaa....takpe.Husband awak tak marah punya.Lagi dia suka!" Aku cuba menyakat lagi.Suami kalau tahu hargai isteri,tak sah lah kalau kau tak kacau dia.Felora menjeling aku sekilas.Eh,dia main jeling-jeling pulak.Tak tahan tahu tak!
"Mengada eh,dia ni.Cubit kang!" Kuat suara aku tergelak.Alahaii,comel betul bini aku ni bila marah.

Harap-harap lah orang belakang tak kata aku gila.Gelak sorang-sorang atas motor. "Abang mengada dengan awak sorang jer.Dah,jom abang tolong escort sayang sampai ke rumah." Aku terus gerak apabila lampu isyarat bertukar kepada warna hijau.Aku di sebelah kanan,dia di sebelah kiri.Hilang terus semua masalah apabila lihat wajah tenang Felora.

Sampai sahaja di rumah,aku terus mandi.Keluar daripada bilik air,Felora sedang tunggu di atas katil.Dia memandang aku,kemudian cepat jer dia mengalihkan pandangan.Alaaa...tergoda tengok badan aku lah tu! Tapi,tak nak lah buat dia blushing,kasihan dia asyik kena buli dengan aku.

Tapi,bila berselisih sebelah dia,aku terus merangkul pinggang dia kemas,tangan aku lembut mengelus pipi. Aku mengucup pipi dia perlahan. "Rindu isteri abang." Aku berbisik dan melepaskan dia.Mencanak dia berlari masuk dalam bilik air.Macam kena kejar dengan hantu!

Aku pakai baju dan terus keluar dari bilik.Aku melihat piano yang sudah lama aku tak usik.Aku tersenyum sendiri dan melangkah ke arah sudut ruang tamu kedua ini.Perlahan-lahan aku duduk di atas kerusi.Aku mula bermain piano tersebut.Aku memilih lagu 'River Flows in you."

Aku memejam mata menghayati alunan muzik yang aku cipta.Habis sahaja lagu tersebut,aku dengar seseorang menepuk tangan.Tak perlu tanya siapa! Sudah tentulah the one and only,my Fiore.....

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now