BAB 50:Evan Aafas

67 0 0
                                    

Aku pandang dia,dia pandang aku.Kenapa kena panggil mamat ni ke sini? Menyemak jer kat markas aku.Aku pandang Rayden.Dia pula hanya menyengih,memikirkan idea dia tu paling bernas dan boleh dipakai.Tapi,hampeh!

"Apa dia buat kat sini?"
"Hah! Dia ni boleh bantu kita." Bukan hanya aku sahaja yang menyampah,tapi Hatta juga memandang aku dengan pandangan meluat. "Apa pasal pula aku kena tolong orang yang bunuh bapak aku!" Eh,ini dah melampau.Sejak bila pula aku bunuh ayah dia? Ayah dia yang keras kepala.Aiman mencelah dalam perbualan kami.

"Boleh tak korang ni matang sikit? Ke tepi kan sekejap dendam tu.Yang kau Hatta.Kalau tak nak sangat bantu Evan,asal kau muncul dekat sini? Sayang,tapi masing-masing ego!" Tersedak aku mendengar.Hatta juga terbatuk-batuk.Tipulah kalau kasih sayang sebagai adik beradik tu tak ada.Aku membesar dengan dia kut! Aku pandang dia,dia pandang aku.Yang lain,hanya menggeleng kepala.Memalukan kan? Dah lah masing-masing ketua mafia,tapi perangai macam budak-budak!

"Yelah.yelah...Kau nak apa?" Amboi,memang minta gaduh dia ni.Kalau tanya elok-elok tak boleh ke,dik? Sedar diri tu sikit,dah lah muda dari aku.

"Kau tahu apa yang aku tak tahu ke?" Hatta memandang aku pelik kemudian bertukar kepada sinis. "Apasal? Takut? Benda tak boleh ubah Evan.Kau carilah berapa lama sekali pun,takdir tak boleh nak ubah.Memang ayah aku dan daddy kau yang bunuh ayah Felo...." Aku laju mencengkam cekak baju kemejanya.Ni,dah melampau.Bukti tak ada lagi,jangan memandai-mandai nak buat cerita.

"Eh bangsat! Selagi bukti tak ada,kau jangan sesuka hati nak tuduh...."
"Why you want to denied it? It's a fact." Eh,kalau bukan sebab orang lain ada dalam bilik ni,memang dah lama aku tembak jantan ni cukup-cukup! Mata aku tajam menikam anak matanya.Tetapi,Hatta lansung tidak gentar malah berani menentang mataku.Tiga jejaka yang ada dalam bilik ni hanya menggeleng kepala.

"Sudahlah tu.Aku nak cakap something ni." Hadriel mencelah dan menepuk bahu aku perlahan.
"Aku ada jumpa data dalam kumpulan KING! Kau bersekongkol dengan King kan,Hatta." Hadriel tersenyum.Bukan setakat aku jer,semua orang terkejut termasuk Hatta.Hatta mula dah tak senang duduk. "Apasal kau tanya aku?" "Haih~ Tembelang dah pecah pun tetap tak nak mengaku." Aku bertanya sinis.

"Aku ni peguam Hatta.Kalau kau nak tipu aku,better you think twice." Lagi sekali Hadriel tersenyum manis tetapi penuh misteri.Aku dan Mikael hanya berlagak biasa.Rayden,Rayyan dan Aiman terkejut kerana tidak sangka Hadriel merupakan seorang peguam.Gayanya memang biasa tetapi penuh karisma.Hatta terdiam seribu bahasa.

"Kau ni memang senang masuk dalam perangkap musuh kan.Kau tahu tak yang King tu bunuh ayah kau? Bukan daddy Evan yang bunuh." Hatta tersentak.Satu lagi kebenaran terungkap. "Aku....aku...."
"Aku jumpa dalam data lama kumpulan Black Rose.Tapi,King tu licik.Dia ubah semua bukti dan lesapkan semua." Aku diam dan memandang Hatta.Terserlah muka serba salahnya.Aku mengeluh.

"Jadi,semua ni ada kena mengena dengan King?" Hadriel mengangguk. Aku bangun dari duduk dan berlalu pergi. "Jangan serang dulu.Bukti yang ada belum cukup kukuh.Kita kumpul lagi."

'Kau tunggu jer King.Disebabkan kau rumah tangga aku hampir musnah.Kau jangan ingat akan terlepas!'

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now