BAB 11:Evan Aafas

77 5 0
                                    

"Kau dah kenapa sergah member dia macam tu? Terkejut beruk dia." Aku terus menumbuk bahu Mikael.Si Mikael pula hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik tersusun.

"HAHAHA....aku saja jer buat macam tu.Bagi dia panik sikit. Tu kawan dia ke? Comel! Cantik mata!" Puji Mikael.Aku hanya menggeleng kepala.Dah sampai dah perangai gatal dia.Bukannya aku tak tahu perangai Mikael yang tidak pernah serius dalam hubungan.So,malas nak layan!

Di dalam kereta,
"Hah,apa macam lepas dapat jumpa si buah hati pengarang jantung." Usik Mikael.Aku hanya tersenyum kecil tanda faham dengan ungkapan kawan aku ni. "Alhamdulillah....Terubat jugaah rindu ni." Aku sambung memandu kereta sambil kepala asyik teringat dekat Felora.Gadis yang sentiasa membuat hatiku tidak tentu arah! Dia tu kalau tak cantik sehari,tak boleh ke? Gedik hati aku bertanya.

"Eh,bro.Aku rasa dari tadi lagi kereta hitam ni ikut kita.Aku rasa ni anak buah dialah."Aku memandang cermin kereta belakang.Terlihat sebuah kereta honda civic betul-betul mengikut belakang kereta aku.Aku ingatkan aku jer yang perasan kehadiran diorang sebab malas nak kecoh.Tak sangka pula Mikael pun perasan! Wajah aku yang tadi manis,kini berubah kepada wajah bengis.

"Any weapons?" Aku bertanya dingin sambil menekan minyak kereta.Aku masuk lorong kiri,dia masuk lorong kiri.Aku masuk lorong kanan,dia masuk lorong kanan! Eh,geram betul aku! Kang,aku tembak,tak bernyawa korang!

Tapi,aku sabarkan keinginan hati kerana sekarang kami di tempat umum.Bila-bila masa sahaja pihak berkuasa dapat tahu.Kalau nak hilangkan bukti pun agak susah.

"Negative! Aku tak rasa diorang nak menyerang.Aku rasa diorang cuma perhatikan pergerakan kita.Bodoh punya Hatta! Dia ingat kita ni lurus bendul macam dia ke?" Mikael senyum mengejek.Apabila sampai di pembelah jalan,kereta tadi terus memotong kereta aku secara mengejut dan memecut ke sebelah kanan.
"Shit!" Mikael mencarut dan aku cuma tenang.Aku kembali memandu dalam kelajuan normal.

"Still,you want to wait?" Tanya Mikael.Aku hanya tersenyum sinis.Ramai orang kata senyuman aku boleh menjadi semanis gula-gula kapas.Tetapi,senyuman aku juga boleh bertukar menjadi mimpi ngeri kepada sesiapa sahaja yang memandang sebab diorang tak tahu apa yang aku fikir dan apa yang akan berlaku selepas itu,tiada siapa yang boleh jangka.

"Should I gave them a warning!" Buka ayat tanya tetapi lebih kepada ayat amaran!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now