BAB 52:Felora Aleena

53 2 0
                                    

"Should I ask you the same things,Mrs Evan?" Aku terpanar apabila perkataan itu keluar dari mulutnya.Sebenarnya aku pun terkejut.Tak sangka aku akan bertemu dengan suami aku di sini setelah sekian lama tidak bersua muka.Tapi,bukan dalam diri aku seperti ini yang aku nak.Ikutkan hati yang rindu,memang aku dah lari masuk dalam dakapan dia.Namun,dendam yang masih membuak membuatkan aku matikan perasaan itu.Aaahh!!! Persetankan semua tu!

"Stay out of my way." Dingin dan datar nada aku.Aku berpaling ke belakang untuk mencari mangsa seterusnya.Tapi,dengan pantas Evan menyambar pergelangan tanganku. "Sayang,please.Kita bincang elok-elok.Jangan buat abang macam ni." Aku menarik kasar pergelangan tanganku dalam genggamannya. "Nak bincang apa lagi? Abang dah hancurkan hati sayang tahu tak?" Evan meraup wajahnya.Dia memandang ke belakang dan menarik aku kuat dalan dakapannya.Aku terkejut dan meronta-ronta dalam pelukannya.Namun,pada masa yang sama,jantung aku mengepam darah dengan laju.Sudah lama,aku tidak merasa pelukan hangat dia yang sentiasa menjadi peneman aku pada waktu tidur.Apabila aku berpaling ke belakang,aku melihat seorang lelaki rebah dihentam oleh Evan.

Nak tunjuk power lah tu! Ingat aku akan terharu bila dia selamatkan aku dari ditikam oleh anak buah King? Takda maknanya!
"Abang tak perlu jaga saya.Jangan fikir sebab saya ni perempuan,I am weak and can't protect myself." Evan seakan-akan tersentak dengan kata-kataku.Dia menghembus nafas kasar.Evan menikam mataku dengan pandangan yang tajam. "Sayang ingat abang saja-saja jer ke buat macam tu? I'm not protecting you because you're a woman.I'm protecting you because you are my woman!"

Oh! Baru sekarang nak jaga hati aku lah? Habistu,yang selama ni dia menipu.Cakap tak terus terang tu apa? Dia ni,nak tengok aku jadi mak singa ke macam mana? "Abang janganlah buat-buat macam kita ni takda masalah apa-apa.Abang dah lupa ke,apa yang abang dah buat? hah?!" Tanpa sengaja,aku meninggikan suara pada si dia.Muka Evan mula memerah,petanda dia marah.

"Watch you tune,Felora Aleena binti Martin Bernard.Awak masih isteri saya yang sah.Jangan biadap." Tidak marah tetapi tegas.Dia juga sudah mula menukarkan bahasa diri.Terasa juga aku dengan dia. "Oh! Sekarang baru awak anggap saya ni betul-betul sebagai isteri? Habistu,selama ni yang awak tipu saya.Tak jujur dengan saya nak kata apa pula?!"

"Ya Allah sayang! Apa salah sebenar abang,Lora? Tell me! Besar sangat ke salah abang sampai Lora hukum abang macam ni? Padahal,masa silam tu takde kena mengena dengan abang. Why?! Lora ingat abang tak sakit ke? Lora ingat abang mampu ke tanggung derita ni? Tak semua lelaki mampu sayang~ Tak semua lelaki kuat hadap apa yang abang hadap.Perasaan kami yang lelaki siapa pula nak jaga? Siapa yang nak dengar?! Sayang pernah cakap,yang abang kejam.Tapi,sekarang ni,abang nampak Lora yang kejam!" Evan menghambur tangisannya di depanku.

Kumpulan King sudah lama lari bertempiaran.Sekarang hanya dua kumpulan mafia yang berada dalam gudang ini.Kumpulan Black Rose dan kumpulan Hunter.Aku sedih lihat dia dalam keadaan begini.Dia betul! Aku kejam.Aku hukum dia.Air mataku turut mengalir dengan sendirinya.Pak ngah dan Pak su yang turut serta dalam petempuran ni mengacu pistol ke arah Evan.Sama juga dengan Mikael dan Hadriel,mengacu pistol ke arahku.

Namun,aku berpaling ke belakang mengahadap Pak ngah dan Pak su serta tiga orang lelaki yang lain.Aku mengangkat senjata api itu dan menghala kepada mereka.Masing-masing sangat terkejut. "I dare you guys,do it!" Aku menekan suaraku.Memang aku masih marah kepada Evan,tetapi,dia masih suamiku yang sah.Jangan sesiapa yang berani menyakiti dia.Tiba-tiba,aku mendengar Evan berkata,

"Touch my wife,and die." Keras amaran yang diberi.Kesemua anak buah Evan terkejut.Memang jelas kami berdua masih mencintai antara satu sama lain tapi ego yang tinggi melangit menjadi penghalang.Selepas keadaan sunyi sepi, "Fine,sayang.Sayang nak abang give up kan? I will.But,remember,no one can replace you in my heart.The one and only my Fiore,is you." Akhir kata,Evan terus menaiki motor Ducatti dia dan memecut laju.

Aku jatuh terjelopok.Suara aku nyaring dengan tangisan yang keluar. 'Ya Allah...Apa yang aku dah buat.Ampunkan aku ya Allah~ Abang,maafkan Lora abang...' Aku menangis dan menangis.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now