BAB 38:Evan Aafas

63 2 0
                                    

Yeay....Aku dah boleh balik ke rumah.Home sweet home! Naik muak juga aku bila hampir sebulan duduk di hospital.Nasib baiklah ada wajah kesayangan di sana.Setiap hari aku kacau dia buat kerja! Best dow!!!

Masuk dalam rumah,salam diberi.Felora masuk dulu dan diikuti oleh aku dari belakang.Dari tadi dia cuba mengelak dari eye contact.Pemalu betul isteri aku.Belum sempat jauh dia melangkah,tangan aku naik peluk pinggang dia dari belakang. "Abang..." Panggil dia lembut.Adeh...lemah aku macam ni.

"Lepaslah.Lora nak kemas baju ni.Abang tu,pergilah mandi." Dia menepuk perlahan lenganku.Tapi,aku tak endahkan lansung.
"Sekejaplah,bagi abang lepas rindu sekejap." Dia mencebik. "Ala...mengada! Macamlah kita tak jumpa kat hospital.Abang ni,makin sihat makin gatal yer." Aku ketawa besar.Suka betul tengok muka geram plus cemberut dia.Rasa nak gigit! Comel!

"Abang gatal dengan awak jer." Aku jawab meleret.Dia memusingkan badan dan berusaha menolak dada bidang aku.Dia ni tak sedar ke? Badan aku kalau dia tolak kuat macam mana pun tetap takkan berganjak.Lagi dia cuba nak lepaskan diri,lagi aku ketatkan pelukan aku.Aku kan Evan Aafas! Terkenal dengan perangai keras kepala.

Eh,isteri kecil molek aku ni.Memang nak kena dia ni! Aku menolak badan dia sehingga bertembung dengan dinding.Tangan aku lapikkan di bahagian belakang badannya supaya tidak terhentak.Alaa...gaya biasa nak ngurat perempuan.Macam ni lah gaya dia.Terus terdiam dia.

Gugup jelas terpancar di mata cantiknya. "Sayang....abang nak minta izin.Kalau abang minta hak abang sekarang boleh tak? Tapi,kalau sayang tak ready lagi,it's okay! Abang tak paksa." Aku menggeselkan perlahan hidungku di batang lehernya.Dia menjarakkan kedudukan kepala kami dan terus menekup mukanya dengan kedua belah tapak tangan.Tak habis-habis nak blushing.Padahal dah halal dah pun!

Aku setia menunggu jawapan dari isteri tercinta.Aku lihat dia mengintai aku di sebalik jari jemari runcingnya.Aku hadiahkan senyuman manis dan menggerakkan kepala ke kiri dan kanan.HAH,ini kalau anak buah aku tahu aku buat gaya comel macam ni,mampus diorang minta resign sebab seram punya pasal!

Dia diam dan mengangguk perlahan.Aku tersenyum dan mengucup perlahan dahinya sebelum mencempung tubuh kecilnya.Sepanjang perjalanan ke bilik,Felora masih lagi beria menutup mukanya sebab malu.Dengan gaya dia yang merangkul leherku kemas serta mata bundar chestnut miliknya yang memadang ke arahku dengan pipi yang sedikit memerah cukup membuatkan diri aku tergoda.Langkah kaki aku pantaskan.Perlahan-lahan aku baringkan dia di tengah katil.

Aduhh...kenapalah cantik sangat bini aku ni! Aku mengusap perlahan bibirnya.Jelas terasa bibir dia sedikit menggigil kerana nervous.Kasihanlah pula.....

Aku mengusap pipinya dan mencium dahi dia lama.Menghantar rasa cinta dan kasih yang melimpah ruah dalam hati.Aku membaca doa di bahagian ubun-ubunnya.Aku tersenyum kecil melihat matanya terkelip-kelip memandang aku.Aku ketawa kecil dan menjentik dahi dia perlahan.

'Bismillah....'

Aku terjaga dari tidurku apabila alarm dari telefon aku berbunyi memenuhi bilik.Aku melihat jam,masih awal.Pukul 4.30 pagi.Aku memang kunci jam awal.Kot-kotlah boleh buat solat tahajjud.Aku ni dah lah selalu bergelumang dengan dosa.Tapi,jauh di sudut hatiku tetap inginkan kematian husnul khotimah iaitu meninggal dalam keadaan yang baik.

Aku mencelikkan mata beberapa kali dan ingin meregangkan badan.Tapi,tak boleh! Asal aku rasa lengan sebelah kiri aku ni berat.Paling muka ke sebelah.Lah...patutlah..... kepala si bidadari yang nyenyak tidur elok jer landing atas lengan berotot aku.Aku mengiring badan menghadap si isteri yang sedang beradu.Perlahan aku mengubah posisi gara-gara tidak mahu mengganggu Lora tidur.

Aku merenung wajah tenang tu.Tangan aku naik mengusap pipi mulus dia. "Haihlah...sayang..Macam manalah abang ni tak obseskan awak.Tidur pun cantik! Abang takut lelaki kat luar sana pun terpikat dengan sayang..." Aku bersuara perlahan.Tangan aku bergerak dari pipi singgah ke mata.Kemudian,turun ke hidung dan berakhir di atas seulas bibir yang lembut.

Teringat pada kejadian beberapa jam lepas.Aku tersenyum sendiri.Finally! She officially mine! Aku mengucup perlahan dahi dan bibir yang merah itu dan cepat-cepat bangun dari baringan.Bahaya! Kang aku hanyut lagi sekali,solat sunat ke mana,aku ke mana!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now