......

56 1 0
                                    

Hari berganti hari.Tidak pernah terlepas satu hari pun aku tidak merindui Felora.Setiap masa dan ketika aku teringat pada dia.Namun,masihkah dia mempunyai perasaan yang sama? Aku mengeluh.Aku terpaksa juga gagahkan diri untuk pergi ke kerja.Aku juga turut tidak berputus asa untuk mencari kebenaran yang masih belum boleh diungkap.

Aku duduk di dalam office di rumahku.Malaslah nak pergi company.Biar jer Mikael urus syarikat tu.Bukannya aku curi tulang.Kerja tetap jalan cuma suasana yang berbeza.Satu lagi sebab kenapa ialah,rumah ini salah satu bukti kebahagiaan aku dan Felora.Walaupun rindu semakin lama semakin menggunung,sekurang-kurangnya dapatlah aku melepaskan sedikit rindu padanya.Aiman,Rayyan dan Rayden juga membantu aku update tentang Felora setiap hari.Setiap kali Rayden menghantar gambar Felora,rindu aku padanya semakin membuak-buak.

'Sayang....abang rindu sayang....'

Ahh...pening kepala!! Manalah pergi bukti tu.Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya.Tak boleh jadi ni! Aku keluar dari bilik kerja.Aku kena tenangkan minda aku dulu.Kalau terus buat kerja dalam keadaan aku yang bercelaru macam ni,keputusannya pasti tidak akan memuaskan.Balkoni rumah aku tuju.Suasana pagi yang sejuk menenangkan sedikit jiwaku.

'Felora~' Aku mengeluh.Aku masuk kembali di dalam rumah.Piano itu aku pandang lama sehingga aku tersenyum kecil.Teringat kali pertama aku meluahkan rasa cintaku pada Felora dengan menyanyikan lagu sambil bermain piano padanya.Sejak dari situ,Felora pasti akan mengajak aku bermain piano sama-sama walaupun dia main sumbang!

'Hehe~ Felora..Felora...' Aku duduk di depan piano ini.Jari-jemari menyentuh kekunci tersebut.Banyaknya kenangan aku dan dia.... Aku perlahan mengalunkan alunan muzik sambil menutup mata.Mengenangkan kembali memori yang sangat manis bersama dengan isteri tercinta.Aku bernyanyi perlahan seolah-olah dia di depan mata....

'Saat ku sendiri,ku lihat photo dan video.Bersamamu yang telah lama kusimpan.
Hancur hati ini,melihat semua gambar diri,
Yang tak bisa ku ulang kembali....'  (Senyuman pudar terhias di bibirku.Masih lagi membayangkan wajah manisnya)

'Kuingin saat ini engkau ada di sini,
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi...'
Walau hanya sebentar tuhan,tolong kabulkanlah....
bukannya diri ini tak terima kenyataan,hati ini hanya rindu...' (Aku berhenti seketika untuk mengawal emosi)

'Segala cara,telah ku cuba. Agar aku bisa tanpa dirimu oh...
Namun semua,berbeda...sulitku menghapus kenangan bersamamu...'

'Kuingin saat ini engkau ada di sini,
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi...
Walau hanya sebentar tuhan,tolong kabulkanlah...
Bukan diri ini,tak terima kenyataan.
Hati ini hanya rindu...oh....
Hanya rindu....oh....' (Aku mula merasakan badanku sedikit menggigil.Air mata mula mengalir perlahan)

'Kuingin saat ini engkau,ada di sini,Tertawa bersamaku seperti dulu lagi...
Walau hanya sebentar tuhan,tolong kabulkanlah...
Bukannya diri ini tak terima kenyataan,
oh,,oh,,, bukannya diri ini tak terima kenyataan...' (Aku memejam mata dan meluahkan segala yang terbuku di dalam hati.Air mata yang mengalir deras tidak aku seka)

'Hati ini hanya rindu...
Oh... (Sayu suaraku menghabiskan lagu.Tersekat-sekat alunan suaraku akibat menangis)
Hati hanya rindu...emm~
Ku rindu senyummu....' (Aku menunduk dan kepala aku letakkan di atas kekunci piano.Semakin lama semakin kuat tangisanku.Bahu aku terhinjut-hinjut tidak sanggup meneruskan perkataan yang satu itu.)

'Ku rindu senyummu.....isteriku~'

Sebulan telah berlalu.Keadaan masih sama.Sekarang ni aku di hospital memerhatikan Felora dalam diam.Muka seri itu hilang senyuman.Ya Allah! Nak jer aku berlari dan mendakap dia erat.Tapi,hanya mampu berangan jer lah.Aku tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk muncul depan dia.Aku tak bersedia lagi.

"Kau tengok apa?"
"Oh Mak Kau!" Rayden yang entah muncul dari mana merenung aku.Eh,dia ni. Aku siku kang! Tak reti nak bagi salam ke?!

"Thanks bro. Thanks!" Jawab aku sinis dan mejelingnya.Aku memandang semula ke depan dan bayangan Felora pun hilang.Ish,kacau mood betullah! Rayden hanya sengih macam kerang busuk.Kecil,besar,kecil,besar aku tengok dia ni.Sabar jer lah~

"Sorry lah yer...Aku nak bagitahu kau something,aku rasa aku tahu siapa yang buat semua ni.Tapi,aku perlukan bantuan kau." Rayden tukar kepada mood serius.Aku mendengar dengan teliti.

"Siapa?"

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now