BAB 36:Felora Aleena

77 2 0
                                    

Waktu makan tengahari,aku menatang dengan penuh teliti dulang yang berada di tanganku ini.Aku menolak perlahan daun pintu yng tertutup rapat.Mata aku terarah pada tiga jejaka yang kacak sedang tertidur.Evan di tengah-tengah manakala dua lelaki lagi melentok kepala di tepi sisi Evan.

Apa yang kelakar ialah Ipad dan jertas bersepah di sisi mereka.In berbincang ke,bergaduh! Habis berserabut.Aku tersenyum kecil dan menggeleng perlahan.Aku mula mengutip kertas-kertas yang berterabur.

"Eh,Felora! Maaf,bilik ni bersepah sikit.Biasalah,kalau kitorang bertiga berbincang pasak kerja,memang terbalik dunia ni." Lucca yang baru bangun tidur menggosok perlahan matanya. "Takpalah,awak bertiga mesti penat." Hadriel aku lihat hanya terkulat-kulat di tempat duduknya.Rasa serba salah mungkin!

"Hadriel,saya nak tanya sikit perihal kerja Evan.Saya tahu dia seorang CEO muda bahagian business.Tapi,tentang kerja gelap dia.....Siapa Hatta sebenarnya? Apa hubungan awak semua dengan dia? Dia musuh Evan ke?" Sejak aku kahwin,nama itu tidak asing bagi Evan dan Mikael.Siapa mamat tu? Sebelum ni,aku tak nak tanya Evan kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan dan sekarang pun dia masih berehat.Aku terpaksa tanya pada orang luar.

"Pasal tu....sa....saya...." Tergagap jejaka ini ingin bersuara. "Tentang ap...."
"Done asking Mrs.Evan? Banyak betul soalan awak? Berlatih nak pergi interview ke?" Gulp! Sejak bila suami aku ni bangun.Tadi,nampak macam tidur mati jer.Tangan kanannya memanggung kepala.Damn Hot! "You want to know?" Tanya dia lembut dengan senyuman segaris di bibirnya.

"Emm,aku dan Mikael keluar dulu lah.Hoi,Mikael bangun.Jom,lunch!"
"Hah!!!! Lunch! Jom,jom!" Ni lagi sorang,tiba-tiba bangun mengejut macam tu.Pantang sebut makanan.Perangai sebiji macam Ecah! Pintu tertutup rapat. Alamak! Tinggal aku dan dia di dalam bilik ni.

Aku menunduk ke bawah apabila bertentang mata dengan pandangan redupnya.Keadaan tak sama seperti dulu.Tak tahu kenapa sekarang ni aku rasa malu sangat-sangat.Seolah-olah baru semalam kami berkahwin.Mungkin sebelum ni Evan tak boleh melihat jadi pergerakan dan perbuatan aku tiada had.Tapi,sekarang....

"Sayang....dah kenapa berdiri jer kat situ.Sebelum ni,masa abang sakit bukan main lagi dia manja...Sayang malu yer...." Seronok sakan dia mengusik aku.Perlahan-lahan dia menggamit aku ke sisinya.Dia melabuhkan ciuman di dahiku.Tak nak terus hanyut dengan perasaan aku sendiri,aku mengubah topik perbualan.

"Abang....siapa Hatta?" Mukanya yang tadi manis,berubah bengis.Alamak! Aku salah tanya ke? Dia hanya memandang ke hadapan dengan rahang yang berketap kuat.Aku menyentuh lengannya perlahan. "Abang....?" Aku memanggil perlahan.
Dia yang seperti baru tersedar,cepat-cepat mengubah reaksi mukanya.Dia memandang aku dengan tenang.

"Sorry....Abang buat sayang takut yer...." Dia berbisik di telingaku. "Sebelum abang jawab soalan sayang,abang nak tanya something." Dia memandang mata chestnutku.Aku mula mendengus perlahan. "Apa ni? Orang yang tanya dulu.Dia pun sibuk nak tanya.Ish...." Aku mengembungkan mulut.Evan tertawa suka.Kuat gelaknya kedengaran.Terselah lesung pipit yang menyempurnakan lagi raut wajah tu.Nampak bahagia sangat.Dia mencium kedua-dua belah pipiku.

Mulalah pipi ni nak blushing! "Ni barulah Felora yang abang kenal.Manj and nauhgty.Abang nak tanya,kenapa sayang tak tanya abang sendiri? Everything abaout me you should know.Jangan pernah tanya orang lain.Abang sendiri yang akan jawab.Faham?" Dia mengeyitkan sebelah mata kepadaku.Haih....,Evan.Bila makin sembuh ni,makin gatal!

"Okay,faham.Now,answer my question." Aku memandang dia yang sedang mengeluh perlahan.
"Hatta is one of my enemies.Tapi,apa yang specialnya tentang Hatta ni,once I consider him as my family.Tapi,dia khianati abang.It's hard to tell.Sampai sekarang abang tak jumpa punca dia.Jujur abang cakap,jauh di sudut hati abang,abang masih lagi anggap dia sebagai seorang adik."

Aku mendengar dengan teliti.Jelas suaranya yang sedih dan masih berharap. "Fiore...boleh kita stop cakap pasal ni.Abang rasa,abang tak cukup kuat lagi." Dia menggenggam tanganku dengan erat mengharapkan aku memahami dia.Aku tersenyum dan mengangguk.Dia menghela nafas lega.Walaupun banyak lagi soalan yang aku nak tanya,tapi takpalah.Aku tak nak memaksa.

"Lora bawa lunch ke? Siapa yang masak? Kalau masakan hospital,tak nak lah.Nak rasa air tangan isteri abang." Dia mengedipkan mata beberapa kali.Ingat comellah tu.Tapi,memang comel pun! "Lora yang masaklah,siapa lagi?"

Evan memegang dada secara mengejut.Dahinya berkerut dan dia mengerang kecil seperti kesakitan.Kalut aku memegang dada dia.Peluh mula merenek di dahiku. "Abang! Kenapa ni? Abang sakit ke? Abang!" Aku lihat matanya terpejam rapat.Evan janganlah buat saya takut!

"Ahhh,sakit sayang.Kenapa sayang terlalu sweet ni,tepat-tepat terkena hati abang.Aduh,cair-cair." Dia bergurau rupanya.Aku mencubit perut dia kuat.Padan muka apabila sakit yang betul mendapat.Main-main lagi!
"Sayang...." Aku tak jawab.Malas nak layang.Kita serius,dia main-main pula.Benci!

"My Fiore....." Dia memanggil. "Nak apa?" Dingin suara aku.Ouh,jangan salah faham.Aku bukan nak kurang ajar dengan suami.Tapi,aku nak tengok sejauh mana dia boleh bersabar dengan perangai aku. "Uish,garangnya doktor ni.Takut saya.Lora...kalau suap abang guna tangan Lora boleh...." Perlahan suara dia mengungkap ayat itu.Aku lihat Evan sudah menoleh ke arah lain.Telinga dia jelas kelihatan merah.Dia malu ke? Comelnya!!!!

"Boleh,takkan tak boleh pula.Bismillah...." Aku menyuap dia.Dia tersenyum suka. "Lora pun belum makan kan? Meh,buka mulut.Aaaahhhh...." Kali ni dia pula yang menyuap aku.Kami bergilir-gilir sehinggalag selesai makan.Bahagianya!!!!!!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now