BAB 41:Felora Aleena

51 2 0
                                    

Semasa aku habis mandi,aku terdengar alunan piano.Eh,Evan pandai main ke? Sebelum ni,,aku memang ada perasan piano di hujung ruang tamu kedua tu.Tapi,dah aku tak reti main,aku pun takdalah menggatal jari nak sentuh.Aku keluar dari bilik.

Betul tekaanku.Lincah jari-jemari Evan bermain di atas kekunci piano tu.Sangat berkarisma dan menarik perhatian.Tak sangka dia ada bakat tersembunyi.Ingatkan reti angkat fail dan menghunus senjata saja.Rupa-rupanya....WOW! Sebaik habis jer lagu yang dimainkan,aku menepuk tangan.Dia memandang ke arahku dengan senyuman manis yang tak pernah lekang dari bibirnya.Evan menggamit aku ke arahnya.

Aku menyentuh kekunci piano.Macam menarik! "Sejak bila abang pandai main piano? Ingatkan piano ni hanya hiasan kat rumah ni." Aku bertanya dia yang sedang mencari lagu baru untuk dimainkan. "Abang belajar masa dekat Itali dulu.Masa tu abang amik kelas muzik sebagai kelas tambahan.Saja buat isi masa lapang." Aku mengangguk faham.Macam best jer! Aku cuba bermain tetapi,faham-faham jer lah.Sumbang habis! Evan tergelak melihat perilaku aku.

"Sayang nak belajar main ke? Kalau nak,abang boleh ajar." Dia bertanya lembut.Tiada lansung nada annoying. "Nak! Nak!" Teruja betul aku.Dapat belajar main piano plus private lesson plus cikgu handsome yang ajar. "Okay,kalau macam tu kena nyanyi sekali lah....Baru best.Tengok abang main dulu,okay?" Evan menggosok perlahan kepalaku.Salah satu tingkah lakunya yang paling aku suka.Rasa seperti dimanjakan olehnya. "Abang nak nyanyi lagu apa?"

Dia tersenyum tak membalas,.Tangan dia mula bergerak.
"Kanku cerita,pada semua....
Kisah cinta antara kau dan ku....
Agar semua tahu,dan tak akan dekati dirimu...."

Eh,lagu ni.....?
"Andainya mampu,kanku ukir....
Nama mu dan namaku di bulan...
Agar satu dunia,melihat restui cinta kita...." Evan memandang ke arahku,seolah-olah sedang meluahkan perasaannya padaku.Mulut aku terkunci.Tidak mampu mengatakan apa-apa.

"Aku selalu tersenyum....
Bayangkan kita,hidup berdua...
Berjalan berpegangan tangan...
Takkan kau lepaskan....wouh...
Tiba,waktunya nanti...
Kanku cerita,pada dunia....
Yang kau telah pun,jadi milikku buat selamanya...."

"Ku pernah rasa kau kan pergi....
Tinggalkan diriku sendiri....
Kan ku seru dunia....
Berdoa,kau kembali pada diriku...." Suara dia...bergetar! Seperti takut untuk aku pergi meninggalkan dirinya keseorangan.Dia menghabiskan lagu itu.Tangan dia terhenti.Tidak bergerak.Aku menyentuh perlahan bahu suamiku.Tanpa kata apa-apa,dia terus mendakapku erat.Badan dia menggeletar perlahan.

Aku diam tidak berkata apa-apa.Hanya tanganku bergerak menepuk perlahan belakang badannya. "Promise me,Fiore.Jangan tinggalkan abang.I can't lose you.I love you so damn much!" Evan berbisik perlahan.Aku menekup muka dia.Jelas kelihatan takut pada mata kelabunya.Aku tersenyum. "Never."

Dia menyatukan dahi kami.Diam tidak berbicara.Evan hanya bermain dengan tanganku yang berada dalam genggaman tangan besar dia. "Pinky promise?" Ya Allah,husband siapalah yang manja sangat ni.Aku mencangkukkan jari kelingkingku dengan jarinya.

"Promise." Walaupun masih tertanya dan pelik dengan Evan,tapi aku tak nak tanya.Biarlah....yang penting dia ada di sisiku.Sentiasa....

"Abang...." Aku panggil dia.
"Hmm..."
"Lora nak cakap sikit ni..." Dia memandang aku kemudian mencuit hidungku manja. "You don't need my premission.Sayang nak cakap apa?" Aku meletakkan kepala pada dada bidangnya.Sengaja aku mengusap lembut. "Lora...." Dia memanggil aku perlahan.Aku tersenyum penuh makna.Hahaha!!! Ingat dia sorang jer pandai menggoda.Ini Felora Aleena bt Martin Bernard lah!

"Lora nak..." Aku menggantung ayatku.Saja buat dia tak keruan sikit.Aku mencium leher dia perlahan.Dia mengalihkan sedikit kepala. "Don't tease me,Fiore...." Dia menggenggam tanganku perlahan.Matanya tajam menikam anak mataku.Aku merangkul leher dia. "What you want from me? It's dangerous with this position.You make me lose my mind." Aku tergelak jahat dalam hati.Sekali-sekala buli suami.Takpe kan?

"Lora nak cakap....Jangan lupa datang buat checkup esok kat hospital.Abang tu masih sakit.Don't be late!" Habis sahaja berkata aku turun darinya dan berlari jauh.Belum sempat aku menurun tangga.Ada satu tangan kekar nan gagah mensauk pinggang aku mudah.Sekelip mata aku di dalam dakapannya.Alamak,sudah! Aku dah bangunkan harimau yang tadi tidur.Hah,tulah kau Felora.Nak gurau tak kena dengan cara!

"Really,sayang? After you seduce me,you don't want to take responsibility for it.It's a legal.Makin lama,makin nakal dia ni.Memang kena bagi denda sikit." Terus dia mencempung badanku menuju ke arah bilik.Aku dah mula cuak.Salah lawan lah pula! "Abang! Lora gurau jer lah.Janganlah macam ni! Tak nak!!!" Aku menolak dada bidangnya.

"Too late,dear.Save your words." That smirk! Habislah aku!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now