BAB 54:Felora Aleena

70 2 0
                                    

Sejak dari kejadian malam tu,aku lansung tak dapat khabar berita tentang Evan.Ada juga aku bertanya kepada Rayyan.Tapi,dia berkata mereka bertiga juga sudah lama tidak bertemu dengan Evan.Sudah dekat 2 minggu aku seperti orang gila.Setiap hari aku rasa menyesal.Perkataan nusyuz sering membelegu diriku.Dua tiga hari ni juga aku cepat jatuh sakit.Kepala aku asyik pening dan sering muntah.

"Felora,elok kamu pergi klinik jer.Teruk sangat dah keadaan kamu ni." Mak ngah mendesak aku.Nenek juga turut pening dengan perangai keras kepala aku.Ecah menggeleng kepala perlahan.Dia menapak ke arah almari bajuku.Tudung sarung dan cardigan dia campak atas katil. "Pakai.Aku bawak pergi hospital.Tunggu kau nak mampus ke baru nak cek? Elok masa tu tak perlu cek.Campak terus 7 kaki ke bawah." Aisyah berlalu pergi.Woah! Ini minah banyak main kasar dengan gua.Nasib aku sakit jer ni.Kalau tak,memang kena dengan aku! Dengan langkah longlai aku mengikut Ecah.

Di hospital,
"Tahniah! Puan disahkan mengandung!" Terkelip-kelip mata aku memandang doktor perempuan di depanku ini.Aku mengandung? Aisyah di sebelah sudah menepuk tangan kegirangan memikirkan diri dia akan mendapat anak buah.Aku masih terkaku.Tangan perlahan-lahan naik mengusap perut yang masih kempis.Ya Allah,ada nyawa di dalam perutku.Perlahan-lahan senyuman terukir dibibirku.Tiba-tiba,fikiran aku terfikir Evan.Mata mula memberat dengan air mata.Sepatutnya yang berada di tempat Ecah sekarang adalah Evan.Aku mengeluh panjang dan berterima kasih pada doktor muda itu.

Pada waktu malam di rumah nenek,aku bertekur sekejap di atas sejadah selepas solat isyak.Aku beristigfar sebanyak mungkin.Lama-kelamaan,aku menangis sendiri.Ya Allah....rindunya aku pada suamiku.Aku rindu nak solat jemaah dengan dia.Aku rindu nak mengaji bersama-sama.Setiap malam,kami akan bertadabbur bersama-sama.

'Abang...tolonglah balik.Ya Allah,kembalikan suamiku pada sisiku,Ya Allah.Abang I missed you so much.Please,come back~" Akhirnya,aku tertidur di atas sejadah.Tak lama lepastu,aku dapat rasakan tubuhku diawang-awangan.Kemudian,diletakkan di atas tilam yang lembut.Telekung yang masih membaluti diriku ditarik dengan perlahan oleh si dia.Aku dapat merasakan figura itu duduk disebelahku.Tangannya yang kekar mengusap ubun-ubunku lembut.Kemudian,aku dapat rasa dahiku dicium lembut olehnya.Mataku sangat berat untuk aku buka dan lihat siapa dirinya.Aku hanya melayan sentuhan dia.Sangat lembut dan hangat. "I love you my Fiore."

Aku terkejut.Fiore? Perlahan-lahan aku memaksa diri untuk buka mata dan....
"Abang?" Evan tersenyum dan mencium dahiku lama.Biar betul ni Evan? Evan di dalam bilikku? "Sayang dah bangun." Ya Allah,suara ni yang paling aku rindu.Namun,aku tak berkata apa-apa.Aku memandang wajah handsome suamiku ini.Dia tergelak halus. "Dah kenapa muka macam nampak hantu jer ni?" Jari kasar dia mengusap lembut pipiku.Masih lagi tak berpuas hati,aku mencubit pula pipi dia.Menjerit sakit suamiku.Betullah ni Evan!

"Sayang......sakitlah.Kenapa cubit...." Aku mendakap tubuh tegap itu.Perlahan-lahan air mataku mengalir.Dia mengusap belakangku lembut.Aku bersyukur ini bukan sekadar mimpi. "Abang...." Belum sempat aku habiskan kata-kataku,aku dapat rasa bibirku ditindih olehnya lembut.Aku rindu sangat sentuhan dia.Tak lama lepastu,dia lepaskan tautan bibir kami. "Sayang....abang minta maaf.Abang tahu abang banyak salah.Abang tak jujur dalam perkahwinan kita.Maafkan abang ya,sayang....." Dia memandangku sayu.Tidak sanggup untuk kehilangan aku lagi.

Aku menangis lagi.Terhinjut-hinjut bahuku. "Sayang yang patut minta maaf....Lora dah kurang ajar dengan abang.Lora berdosa dengan abang.....Ampunkan Lora,abang...." Aku mengambil tangannya dan mencium perlahan.Aku melihat Evan juga mengalirkan air mata. "Lora sayang,sayang takda salah dengan abang pun.Abang tak ambil hati." Dia merangkulku erat rapat dengan dadanya.Aku membalas rangkulannya sehinggalah kami bertenang.

"Abang....Lora nak bagitahu something ni." Evan memandang aku lembut. "Sayang nak bagitahu apa?"
"I'm pregnant."

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now