.......

64 4 0
                                    

"WOW....Ainon!!! I tak sangka you ada 'lauk' cantik malam ni." Mak tiriku keluar dari biliknya dengan hanya memakai bathrobe.Sudah terang lagi tidak perlu bersuluh bahawa manusia bertopengkan syaitan ni sudah melakukan perkara terkutuk! Astagfirullah....

"Kalau kau nak bedal perempuan ni,bedallah.Aku tak kisah! Tapi,kau kena bayar.Deal?" Apa? Dia jual aku? Kurang ajar betul!
"Deal!" Ya Allah,apa pula lepasni.Habislah aku! Perkara gelap di parking kereta dulu kembali menerjah diriku.Masa tu aku ada Evan untuk menyelamatkan diriku.Tapi,sekarang....

Sempat lagi aku mendengar ibu tiriku berkata 'have fun'. Lelaki tadi mula mendekati diriku.Semakin aku menjauh,semakin dia datang dekat.Dia mula menarik tubuhku dan menekup mulut aku dengan tangannya.Kalau aku menjerit pun,tidak ada guna! Mana Evan bila aku perlukan dia? Lora,kau dah lupa ke? Diakan kat hospital.Alah....tak kisahlah sesiapa pun.Tolonglah selamatkan aku.

Aku dapat rasakan lelaki tak guna ni menindih tubuhku dan menarik kasar tudungku.Aku hanya mampu menangis.....Sedang aku bergelut,tiba-tiba aku tidak rasa apa-apa di atas badanku.Bila aku buka mata,ternganga aku dibuatnya.

Evan? Apa dia buat kat sini? Belum sempat aku membuka mulut,dia memukul lelaki itu sehingga mengeluarkan muntah darah.Tak cukup dengan itu,dia menendang dan menyepak perut lelaki tersebut.Tak lama lepastu,lelaki tu pun pengsan.

"Lora!!!! Kau okay? Aku dah cakap jangan keluar dari rumah nenek.Tapi kau degil..." Aisyah dan Mikael pun ada sekali.Mestii Aisyah yang tolong mamat ni menyelinap keluar dari hospital.

"Ecah....Dia nak sentuh aku.Perempuan tu jual aku.....Aku takut......" Meraung aku di bahu Aisyah.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now