BAB 47:Felora Aleena

58 1 0
                                    

Dah dekat seminggu Evan balik dari Itali.Tetapi,aku dapat rasakan yang Evan sedikit berubah.Dia bukan lagi Evan yang aku kenal.Mestilah,perangai sweet dia tu masih ada.Cuma,sekarang ni dia lebih banyak berdiam dan habiskan waktu di bilik kerja.Bila aku tanya dia ada masalah ke? Dia akan jawab,ada masalah sikit dengan kerja.Jawapan yang sangat tidak memuaskan aku.Hilang sudah Evan yang ceria dan playful.

Hari dah nak malam.Evan sedang mandi.Aku pula sedang menunggu dia dengan menyediakan tempat solat.Dah lama aku tak jadi makmum dia.Rindu! Aku dapat menghidu bau wangian mandi yang tajam menusuk hidungku.Seperti yang dijangka,Evan ada di belakangku.Dia tersenyum manis. "Sorry.Abang sibuk sangat lately ni.Sayang mesti rasa sunyi kan."

Aku menggeleng kepala perlahan. "Takpe.Lora boleh tunggu.Abang cepatlah pakai baju.Dah lama tak solat jemaah dengan abang." Dia mengangguk dan melangkah ke arah closet walk in.Selesai sahaja solat maghrib.Aku menyalam dan mencium tangan Evan.Seperti biasa,Evan akan mencium tanganku.Baru sahaja aku ingin membuka telekung.....

"Eh,awalnya nak buka telekung." Aku pandang dia pelik.Dah tu,takkanlah aku nak berselubung dalam telekung ni pula.Tiba-tiba Evan menarik tanganku. "Pergi ambil al-quran.Kata rindu nak spend time dengan abang." Bila dia sebut macam tu,memang gembiralah aku.Aku cepat-cepat bangun pergi ke arah rak buku.Sempat juga aku mendengar Evan berkata hati-hati melihatkan tingkah laku aku yang kelam-kabut tu.Aku hanya tersengih.Nasib baik tak tersadung!

Aku duduk bersimpuh di depannya.Dia tak bagi aku pilih surah.Dia kata mula dari awal sebab nak khatam al-quran sama-sama.Sweet kan! Semasa aku sedang baca,Evan membetulkan beberapa bacaan yang aku salah baca.Bila ada dengung,aku tak dengung.Bila 2 harkat,aku baca 6 harkat.Bila 6 harkat,aku baca 2 harkat! Ya Allah,khilafnya kau Felora.Astagfirullahalazim......!

Ayat yang ni pula,huruf tanwin yang sama baris.Tadi,aku baca tanwin yang barisnya tak selari perlu dengung.Habistu,yang ni kena dengung ke tak? Hah,sudah! Aku pula terkulat-kulat kat depan dia.Aku pun bacalah dengung.Sekali,dapat kurasakan hidungku ditarik manja olehnya.Aku pandang dia dan dia pandang aku.

"Salah baca sayang.....Kalau tak tahu tanya tau.Kalau main baca jer,takut nanti salah makna.Ni al-quran.Tak boleh buat main,okay?" Dia menegur aku lembut.Dia lansung tak marah.Muka aku mula berbahang.Aku mengangguk perlahan.Dia tersenyum lembut.

"Kalau macam kalimah ni,Lora nampak tak baris tanwin dia selari,jadi tak perlu nak dengung.Kalau nun mati dan baris tanwin tak selari berjumpa dengan huruf mad baru kena dengung,faham?" Lambat-lambat aku mengangguk kepala.Baru aku tahu.Ingatkan bacaan dia sama jer! Rupanya lainlah,sister!

Habis dua muka surat untuk hari ni.Alhamdulillah....
"Sayang,esok kita balik kampung nak?" Aku yang ingin melangkah keluar dari bilik,terus aku pusing ke belakang 180 darjah.Serius ah! Aku memandang dia minta kepastian. "Takyah buat muka terkejut sangatlah.Abang ambil cuti 3 hari ni." Aku terus peluk dia.Evan hanya tergelak dan mengusap manja kepalaku.

Ya Allah! Aku rindu sangat dengan kampung aku tu.Rindu nenek! Rindu atuk! Senang cerita,rindu semualah!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now