BAB 7:Felora Aleena

86 8 0
                                    

"Ya Allah,Lora! Apa dah jadi dengan kamu ni?" Tanya mak ngah iaitu mak kepada Aisyah dan adik kepada ibuku.Ya,Betul! Aku larikan diri dari rumah mak tiriku.

Ouh....,pembetulan! Rumah yang mak tiri aku tumpang! Rumah tu bukan hak milik mutlak dia.Aku hanya menunduk lemah.Hari ni,aku ambil cuti sebab lebam di tangan dan di perut akibat lelaki tua gatal dan mak tiri aku buat masih segar kelihatan.Masih sakit!

"Beritahu,pak ngah.Perempuan sihir tu yang dera kamu lagikan?!!" Tanya pak ngah dengan muka bengisnya.Ayah Aisyah merupakan adik kepada ayahku.Aku tak larat nak cakap apa-apa.Mengangguk sahaja yang aku mampu buat sekarang ni.

Air mata sedari tadi aku cuba tahan akhirnya tertumpah juga.Aku tak tahu kenapa semua ni terjadi.Aisyah kebetulan mengambil cuti kerana semalam dia on call sepenuh hari.Dia berlari dan terus memelukku erat.Tengok,si Ecah ni walaupun perangai kadang-kadang minta penendang aku,tapi dialah yang menjadi bahu untuk aku lepaskan tangisan.Sebab tu kitorang boleh jadi bestfriend!

"Sabar,Lora.Kau ada aku." Pujuk dia.Aku hanya mengangguk kepala.Mak ngah merapati dan mengusap kepalaku lembut.Pak ngah pula sedang runsing memikirkan nasib anak buahnya.

"Listen her,Lora.Pak ngah haramkan kamu balik semula ke rumah perempua sihir tu.Pak ngah akan tuntut hak penjagaan kamu.Kala dah sampai dera macam ni,elok dia tu meringkuk dalam penjara."

Aku pula malas nak fikir.Mungkin betul juga cakap pak ngah.Aku pun dah tak tahan nak hidup dalam rumah tu.
"Kamu duduk jer dengan kitorang ya...? Kalau nak duduk rumah nenek kat depan tu pun boleh.Maksu dan Hana duduk dekat situ dengan atuk dan nenek." Ujar mak ngah lembut.Aku mengangguk sambil tersenyum.Ya,bermula pada hari ni,aku akan buka buku baru.LIVE HAPPLY,WITHOUT WORRIES!!!!"

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now