BAB 27:Evan Aafas

67 4 0
                                    

Hari ni,bermulalah hidup baruku! Tepat pukul 9 nanti aku dah perlu berdepan dengan Tok kadi.Ibuku,Datin Siti Hajar yang paling gembira.Sejak kali pertama berjumpa dengan Felora,terus aku ni dilupakan! Tapi,aku tak kisah.Lagi aku suka kerana mama dapat menerima pilihanku dengan hati terbuka!

Katanya,Felora ialah menantu dia one and only! Alahai.....mak aku ni! Jangan lepas ni dia ambil Felora dari aku sudah.Nanti aku nak berkepit dengan siapa?!

Aku sampai awal di masjid,tinggal tunggu pengantin perempuan jer. "Handsome pengantin lelaki kita hari ni yer." Menyempat pula Tok kadi ni puji aku! Aku tak tahu pun rupa aku macam mana.Sebab Mikael yang menyiapkan diriku.Aku manalah mampu nak menyiapkan diri sendiri dengan keadaan aku yang macam ni.

"Pengantin perempuan dah sampai!!!!" Laung salah seorang lelaki di luar.Aku memang nampak tenang,tapi dalam hati ni hanya Allah yang tahu.Dup,dap! Dup,dap!

"Wahhh,cantik betul pengantin perempuan." "Sesuailah dengan pasangan dia." "Bagai pinang di belah dua." Aku dengar desas-desus orang kampung.Teringinnya aku nak tengok muka dia.Mesti ada seri pengantin baru! Majlis dimulakan....Pak ngah di depanku.Mengambil alih tugas seorang ayah.

"Aku nikahkan dikau dengan anak saudaraku,Felora Aleena bt Martin Bernard dengan mas kahwinnya RM 20 000 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Felora Aleena bt Marin Bernard dengan mas kahwinnya RM 20 000 ringgit tunai."
"Sah."

Alhamdullillah....Akhirnya....Felora Aleena milikku yang halal.Semasa acara pembatalan air sembahyang.Along memimpin tangan aku.Kini,aku berada di depan isteriku,Felora Aleena.Aaaaahhhh......Indahnya perkataan isteri tu!!

Apabila aku menyentuh tangan dia,dapat kurasakan sejuk.Mesti dia nervous! Aku megusap tangannya lembut.Dia ingin menarik tapi pantas aku menggenggam tangannya.Aku tersenyum.

Salam kuberi, "Assalammualaikum,my Fiore!" Gemersik suaraku menyapanya.Nada suara yang aku tak pernah guna.First time! Tergagap-gagap suaranya menjawab. "Waalaikummussalam...." Perlahan jer suara dia hanya kami berdua mendengar.Aku tergelak halus.

Tangan aku kembali mengusap tangannya.Kecilnya tangan dia....! Penuh tangan aku sehingga tangannya tidak kelihatan. "Janganlah takut sayang.....Relax...bukannya abang nak makan dia pun." Meleret suaraku bergurau dengannya.Saja....bagi dia ketawa!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now