HANLEA - BAB 2

2K 82 5
                                    

Eleanor bangun ingin membawa piring dan cawan kotornya ke dapur untuk dicuci.

"Eh, siapa kau? Tak payah cuci pinggan tu. Nanti aku cuci. Pergi depan, pergi depan," halau Aihan. Tersentak Eleanor lalu kepala dipaling ke belakang untuk melihat gerangan yang menegur.

'Oh, ni kut adik Ryss.'

"Saya Lea, kawan kakak awak," jawab Eleanor. Tangan lincah mengambil span dan sabun untuk mencuci.

"Oh, kau kawan Aara yang bawa superbike tu eh? Sorry tak perasan. Eh, dah dah! Tak payah cuci. Pergi depan," halau Aihan lagi.

"Tak apa lah awak. Saya boleh cuci. Sikit je ni. Dah makan kena lah cuci," selamba Eleanor menjawab. Masih berdegil.

"Kau tetamu, tak payah cuci. Baju lawa-lawa tak kerlasss lah kena cuci pinggan dekat rumah orang," bidas Aihan lagi.

"Awak jangan degil, biar saya je yang cuci. Awak pergi depan sana!"

"Eh kau, halau aku pulak. Rumah aku ni tahu tak? Dah dah, pergi depan." Ditarik lengan baju kurung Eleanor supaya mengikutnya ke ruang tamu.

"Eh awak, awak..."

"Awak, awak... panggil Han je," jeling Aihan.

Mencebik Eleanor.

"Umi, ada anak dara orang degil nak cuci pinggan dekat dapur. Nah ambil balik kawan siapa ni," bebel Aihan setibanya mereka di ruang tamu. Memuncung mulut Eleanor dihalau begitu seraya duduk di sebelah Aryssa yang sudah tergelak-gelak di sebelah uminya.

"Alolo, shian dia kena halau dengan anak umi. Lea duduk je lah sini, tak payah cuci pinggan dekat dapur tu. Tu tugas hakiki Arif Aihan dari dulu lagi," usik Sofiyah.

Naik segan Eleanor apabila semua yang berada di situ tertawa kerananya.

*****

Sibuk Eleanor membantu Aryssa di dapur bagi menyediakan makan malam buat keluarga tunang rakannya yang masih berada di rumah itu.

Terkejut juga dia seusai majlis pertunangan tadi, tiba-tiba ayah kepada rakannya baiknya ini muncul setelah bertahun-tahun menghilangkan diri. Tidak pula dia tahu konflik keluarga Aryssa selama ini. Abang sulung terlibat dengan dadah dan telah membunuh bapa kepada tunang Aryssa sekarang.

Tidak cukup dengan itu, bapa Aryssa pula menghilangkan diri 6 tahun yang lepas dan tiba-tiba sahaja muncul pada hari ini. Akhirnya terlerai juga rahsia dan konflik keluarga Aryssa.

Puas juga dia memujuk hati rakannya itu untuk terus positif dan yakin akan hubunganya bersama si tunang, Ku Adlee Raiz.

Terhenti lamunan apabila terasa getaran telefon bimbitnya menandakan panggilan masuk. Bertalu-talu panggilan diterima, semuanya tidak lain dan tidak bukan dari bapanya.

Dikerling jam di dinding dapur. 8 malam. Berdebar pula rasa. Pantas dia meminta izin Aryssa untuk pulang ke rumah.

Elok sahaja dia berada di muka pintu sedang menyarung kasut dan sarung tangan, Aihan menegur pelik.

"Eh, nak balik dah ke?"

"Ha'ah, saya nak balik. Sorry tak dapat join dinner." Tergopoh-gopoh Eleanor memakai helmet pula.

"Kau masuk dulu kejap," arah Aihan.

"Aik, kenapa? Saya dah lambat ni. Nak balik," bidas Eleanor. Berkerut dahinya tidak berpuas hati.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now