HANLEA - BAB 28

1.6K 67 3
                                    

Selesai sahaja mandi pagi itu, Eleanor bersiap lengkap memakai hoodie kelabu milik Aihan yang diberi sewaktu awal perkenalan mereka dahulu. Memang niatnya ingin membawa hoodie kelabu ini untuk mengubat rindu pada lelaki itu sepanjang dia berada di bumi Perancis ini. Alih-alih terpacak lelaki tampan itu di hadapan matanya semalam.

Seluar jeans hitam disarungkan. Perut mula berkeroncong. Sepanjang seminggu berada di sini, ini lah kali pertama dia rasa lapar yang maha dahsyat. Baru timbul keinginannya untuk mengisi perut.

Eleanor melangkah keluar dari bilik tidur dan terus ke ruang tamu.

Melopong Eleanor melihat Ean terkangkang kuak di sofa, tidur bersama laptop di perut.

"Buruk laku betul lah budak ni..." Gumam Eleanor.

Buku rujukan yang berselerakan di atas meja dan lantai dikutip Eleanor. Laptop di atas perut Ean juga diambil lalu diletakkan di atas meja yang sudah dikemasnya tadi.

Earphone yang melekat di telinga Ean juga ditarik Eleanor.

'Tak pekak ke sepanjang malam telinga bersumbat earphone?' Perlahan jari telunjuk Eleanor mencuit-cuit bahu Ean.

"Ean, bangun..." Eleanor mengejutkan Ean lembut. Tak boleh kasar-kasar, risau terkejut, mahu tak masuk roh dia karang.

"Hmm..." Ean menggumam malas.

"Ean, bangun... Aku lapar," kejut Eleanor lagi. Terbuka mata Ean lalu ditoleh wajah ke arah Eleanor yang sedang bertinggung di tepi sofa mengejutkannya.

"Elea, kau dah bangun?" Tanya Ean. Bingkas dia bangun dari pembaringan lalu duduk bersila. Mata digosok-gosok perlahan.

"Dah... Aku lapar. Boleh tak kau bawa aku makan dekat luar? Kau mesti tahu kan restoran halal area sini?" Tanya Eleanor.

Tergaru-garu kepala Ean dengan cadangan kakaknya itu.

"Bahayalah Elea, walaupun rumah ni berjarak 30 minit dari rumah mummy, risau juga aku."

"Tapi aku lapar. Aku nak makan dekat luar sebelum balik Malaysia," pujuk Eleanor lagi.

"Hah?! Kau nak balik Malaysia?! Finally! Lega aku. Selagi kau dekat sini, risau aku takut kantoi dengan mummy."

"Syaratnya kau kena bawa aku makan luar. Cepat pergi mandi!" Gesa Eleanor. Ditarik tangan Ean untuk bangun.

Tok Tok!

Diam kedua mereka apabila mendengar bunyi ketukan di pintu rumah.

"Attendez, laisse-moi ouvrir la porte," bingkas Ean bangun dan menuju ke pintu rumah.

'Carut apa mamat ni, ingat aku pro french macam dia ke?' bebel Eleanor di dalam hati.

Dibuka sedikit untuk mengintai gerangan yang mengetuk.

"Arif! Masuk, masuk," pelawa Ean.

"Awak!" Teruja Eleanor melihat wajah Aihan yang sudah memasuki ruang tamu rumah. Eleanor menepuk-nepuk sofa meminta Aihan untuk duduk.

"Arif, aku mandi dulu, lepas tu kita keluar. Aku bawa korang berdua makan dekat luar. As per Elea's request," ujar Ean. Panggilannya pada Aihan juga sudah berubah. Mentang-mentang dah rasa rapat, terus hilang awak awak yang semalam tu.

"Tak bahaya ke Ean? Tak terserempak dengan mummy korang ke nanti?" Soal Aihan risau.

"Aku bawa dekat-dekat sini je. Make sure Elea pakai mask and sunglasses,' pesan Ean sebelum berlalu ke bilik untuk bersiap.


HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now