HANLEA - BAB 39 (M)

2K 74 0
                                    

Warning: Mature Content


Sampai sahaja mereka di rumah, terus Eleanor membantu mengangkat barang dapur milik Nek Mi dan dibawa ke rumah orang tua itu.

"Umi masuklah dulu. Barang kita nanti Lea bawakan masuk. Umi jangan angkat tau. Berat tu," pesan Eleanor sambil berlalu menuju ke rumah sebelah.

Selesai sahaja Eleanor meletakkan barang di dapur milik Nek Mi, perlahan terasa lengannya diusap orang tua itu.

"Lea jangan ambil hati dengan apa perempuan tu cakap ya Lea? Nek Mi tahu Lea tak okay. Muka tu tak dapat nak sorok. Tapi Nek Mi harap Lea abaikan je suara langau tu. Dia sakit hati lah tu tak dapat suami Lea. Yih! Nek Mi yang geram tau tengok mulut dia pot pet pot pet dekat umi Lea tu!" Berpusing biji mata Nek Mi menunjukkan betapa menyampahnya dia pada Nurin tadi.

Tersenyum Eleanor.

"Lea okay lah Nek Mi. Lea anggap dia memang nak sakitkan hati Lea je. Cuma Lea terfikir jugak. Ada betul kata dia tu Nek Mi. Lea jauh kekurangan banding dengan Han. Jauh sangat. Nak banding Lea dengan dia pun, lagi jauh. Dia tutup aurat, pandai masak, ciri-ciri wanita solehah lah senang cerita. Compare dengan Lea ni..." meleret suaranya mula rasa rendah diri.

"Kenapa nak compare diri dengan orang Lea... kita ni kalau nak compare, kita boleh compare dengan diri kita sendiri je. Kalau kita sekarang dah jadi lebih baik dari yang dulu, lagi bagus! Teruskan berusaha berubah untuk jadi lebih baik. Itu lagi Allah puji." Nasihat Nek Mi. Diusap rambut Eleanor yang terikat rapi itu.

Eleanor memeluk tubuh Nek Mi erat.

"Terima kasih Nek Mi, sedapkan hati Lea... sayang Nek Mi..." ujar Eleanor.

"Nek Mi lagi sayang Lea. Dari pertama kali tengok Lea lagi Nek Mi dah berkenan dengan Lea. Lea jadi diri Lea je. Tak perlu fikir apa orang kata dekat Lea. Yang berkata-kata tu pun bukan kenal Lea luar dan dalam. Suami Lea lebih kenal Lea. Ingat tu?" Pesan Nek Mi lagi.

Ditepuk-tepuk belakang tubuh Eleanor lembut.


*****


Petang itu, selesai sahaja Eleanor dan Sofiyah makan petang bersama Nek Mi di beranda rumah, berkurung Eleanor di dalam bilik. Sibuk dia mengemas baju-baju di dalam almari baju Aihan. Habis semua dia selongkar dan dilipat semula bagi menjadi lebih kemas.

Almari buku Aihan dipunggah habis kemudian disusun semula buku-buku mengikut warna kulit. Sambil dia mengemas, sambil itu dia cuba tenangkan dirinya. Dia mula rasa diri tak berguna. Mula rasa diri tidak layak bersama Aihan.

Sebelum episod murungnya tiba, dia cuba mengalih perhatian dengan mengemas bilik. Itulah antara terapi yang sering dia lakukan apabila minda dia tidak selari dengan emosi. Jiwa kacau, hati mula rasa berat.

Disebabkan itu, biliknya di rumah agam, sentiasa bersih dan teratur. Apabila jiwa kusut, bilik tidur dan bilik pejabatnya di rumah agam itulah yang akan menjadi mangsa pembersihannya.

Sedang leka menyelak buku milik Aihan, terdengar ketukan di pintu.

Tok tok!

Pintu terkuak sedikit. Terjengul kepala Sofiyah mengintai di dalam kamar anak menantunya.

"Umi?" Bangun Eleanor dari duduk di lantai menuju ke arah Sofiyah di muka pintu. Terlupa dia hanya mengenakan t-shirt tanpa lengan bersama seluar pendek. Kelam kabut berlari mengambil bathrobe miliknya untuk menutup tubuh yang terdedah.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now