HANLEA - BAB 20

1.7K 76 1
                                    

Sofiyah menekan suis lampu bilik, pantas tangannya menepuk-nepuk bantal dan tilam untuk selesakan Eleanor.

"Bilik kecik je Lea. Harap Lea selesa lah ya," ujar Sofiyah lembut.

"Okay je ni umi. Okay sangat! Umi tumpangkan Lea pun Lea dah berterima kasih."

"Lea okay? Lea ada kena pukul mana-mana lagi ke dengan daddy Lea? Sorry umi macam masuk campur hal keluarga Lea, tapi umi tanya ni sebab umi ambil berat dekat Lea. Lea dah macam sebahagian dari keluarga umi dah. Kawan anak-anak umi," ujar Sofiyah tersenyum.

"Umi tahu pa-pasal daddy Lea?" Berkerut dahi Eleanor.

"Umi tahu Lea. Hari tu umi dengan ayah ada jenguk Lea dekat hospital. Itu pun Han terpaksa bagitahu umi yang dia tak balik rumah sebab nak teman Lea."

"Ooo..." Eleanor mengangguk-angguk.

"Nah t-shirt dengan seluar track. Kalau longgar, ikat lah tali dia tu," beritahu Aihan yang tiba-tiba muncul di pintu bilik sambil menghulurkan sepasang baju dan seluar.

"Terima kasih Han..." ucap Eleanor.

"Eh, tapi bra dengan seluar kecik tak ada pulak nak bagi Lea pinjam sayang," ujar Sofiyah.

"Oh, tak apa lah umi. Lea tidur memang tak pakai bra dengan seluar kecik tu," balas Eleanor. Dikerling ke arah Aihan sekejap. Terus ditutup mulutnya. Mata terbuntang.

"Umi! Han dengar! Ya Allah malunya Lea!" Eleanor sudah menutup wajahnya dengan tangan.

'Macam mana boleh lupa mamat ni ada dekat sini! Ish!

Aihan hanya mampu tersengih kambing sahaja dengan tangan menggaru kepala yang tidak gatal.

"Sorry, Han keluar dulu. Lea, lepas mandi karang pergi dapur makan. Make sure pakai bra dengan seluar kecik," pesan Aihan tersengih dan terus keluar dari bilik tetamu itu.

"Ish budak ni!" marah Sofiyah. Membahang wajah Eleanor dipesan begitu oleh Aihan. Tetapi lega juga dia apabila melihat Aihan sudah tersenyum sedikit berbanding awal-awal mereka berjumpa tadi. Rawr sangat marah-marah tengah taman tasik.

"Umi, Han tu memang garang ye? Tadi first time Lea nampak dia marah," ujar Eleanor. Cuba mengalih topik bagi menghilangkan rasa segannya diusik Aihan di hadapan umi tadi.

"Garang jugak Lea. Tegas. Mungkin sebab dia cikgu disiplin dekat sekolah kot. Tapi tak adalah dia garang tak bertempat... kalau dia risau, dia concern dekat kita, baru dia macam tu. Dia tu overprotective sangat Lea. Tapi garang-garang dia pun, bila dia pujuk balik tu, cair umi," tergelak perlahan Sofiyah mengenangkan perangai anak lelaki bongsunya itu.

Terangguk-angguk Eleanor mendengar jawapan Sofiyah. Berharap juga dia dapat merasa dipujuk Aihan.

Sofiyah menghulurkan tuala bersih kepada Eleanor.

"Terima kasih umi. Lea mandi dulu ya umi. Nanti lambat, Han marah Lea lagi," ujar Eleanor tersengih.

"Kalau Han marah tu, tanda dia sayang--" balas Sofiyah dengan tersenyum makna sebelum keluar dari bilik tetamu itu meninggalkan Eleanor yang terkebil-kebil.

*****

Usai sahaja Eleanor membersihkan diri, dibiarkan rambutnya lepas. Cantik beralun rambut coklat pekatnya itu jatuh ke paras pinggang. T-shirt hitam dan seluar track kelabu milik Aihan dipakainya.

Eleanor keluar dari bilik dan mengintai ke ruangan dapur.

"Duduk Lea. Aku dah gorengkan nasi untuk kau," ujar Aihan yang tiba-tiba muncul dari belakang Eleanor laju menuju ke arah meja makan dan menarikkan kerusi untuknya.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now