HANLEA - BAB 50

1.8K 75 5
                                    

Selesai sahaja Subuh, terbaring Eleanor di katil bersama telekungnya.

'Haih, letihnya. Apa yang letih sangat ni Elea...' ujarnya di dalam hati.

Sebelum subuh Aihan sudah membersihkan diri dan keluar untuk solat Subuh berjemaah bersama pelajar kem kecemerlangan di dewan.

Kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Terus dicapai Eleanor.

"Baby Han..."

"Manja, dah bangun mandi? Dah subuh?" Tanya Aihan di hujung talian.

"Dah... saya tengah baring. Letihlah Han... kenapa entah," Eleanor mengadu.

"Sorry manja..." perlahan suara Aihan meminta maaf.

"Eh, kenapa minta maaf ni baby?"

"Kau layan aku malam tadi, sebab tu ke letih?"

"Han, bukan lah! Saya ni keturunan kacip fatimah tau. Awak ingat saya ni biasa-biasa ke? Dari semalam lagi lah saya letih. Bukan sebab malam tadi!" Merah muka Eleanor.

Teringat kejadian malam tadi. Aihan itu nampak sahaja polos, tetapi pantang ada peluang dan masa, pasti mengajak buat kuih. Kalau dapat jual hasil kuih, rasanya boleh kaya-raya mereka.

"Petang ni aku hantar kau balik rumah umi nak? Boleh rehat-rehat dengan umi," cadang Aihan.

"Tak nak, nanti saya tidur sorang. Tak apa Han. Saya okay je ni. Saya lelap sekejap je boleh ke Han?"

"Boleh manja... rehat lah. Sekejap lagi aku bawa breakfast dekat bilik. Ada nasi lemak, bihun goreng, karipap, air teh o panas. Kau nak makan apa manja?"

"Semua," balas Eleanor pantas.

Tergelak kecil Aihan di hujung talian.

"Tahu dah. Saja tanya. Tidurlah, sekejap lagi aku balik bilik lepas settle part aku ni," ujar Aihan.

"Okay baby, miss you," ucap Eleanor manja.

"Miss you too, manja sayang," balas Aihan tersenyum.


Terjaga Eleanor apabila terdengar pintu biliknya dibuka dari luar. Terus duduk Eleanor memandang ke arah pintu.

"Han, terkejut saya. Saya ingat siapa–" rengek Eleanor. Pening kepalanya bangun dengan mengejut tadi.

"Sorry manja. Lah, kenapa tidur dengan telekung ni?" Tanya Aihan.

Diletakkan makanan yang sudah berbungkus ke atas meja. Telekung isterinya dibuka Aihan dan terus disangkutkan pada tempat penyidai. Aihan menyikat rambut isterinya rapi lalu terus mengajak Eleanor untuk bersarapan.

"Pucat muka kau ni manja. Kau tak sihat ke?" Tanya Aihan risau. Ditekap tangan pada dahi isterinya.

"Saya okay. Pening sikit je," balas Eleanor.

"Betul ni? Aku kena keluar balik sekejap lagi, ada taklimat untuk subjek Math pulak. Kau duduk dengan Moon boleh manja? Risau lah aku kau sorang-sorang dalam bilik ni," ujar Aihan.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now