HANLEA - BAB 56 (M)

1.9K 78 3
                                    

Warning : Mature Content


Kuat kedengaran bunyi alarm dari telefon bimbit Aihan. Berat rasa matanya ingin terbuka dari lena. Kebelakangan ini agak sukar untuk dia tidur malam kerana tekak berasa loya setiap hari. Pelik. Isterinya sudah hilang morning sickness, kini dia pula yang melaluinya.

'Tak aci betul terpalit sama!'

Bak kata isterinya,

"Sama-sama buat sama-sama tanggung."

Terasa berat tubuh ditimpa Eleanor yang masih lena memeluknya. Tenang nafas halus isterinya menampar leher. Itu juga salah satu perangai baru Eleanor sejak mengandung. Suka mencium bau tubuhnya. Dapat hilangkan rasa mual katanya. Entah betul entah tidak. Dibiarkan sahaja.

Perlahan dia bergerak mengambil telefon bimbit dan mematikan bunyi alarm yang bergema kuat.

"Manja..." Aihan mengejutkan Eleanor dengan menepuk lembut lengan isterinya itu.

"Manja sayang, Assalamualaikum..."

"Hmm..."

"Bangun manja, dah subuh," kejut Aihan.

Bertambah erat Eleanor memeluk Aihan tidak mahu bangun. Leher Aihan dicium lagi oleh Eleanor.

Tertelan air liur Aihan dibuatnya.

"Kau jangan macam-macam manja...." gumam Aihan dengan keluhan. Diusap lengan isterinya lembut.

"Han..."

"Hmm?"

"Awak ada kelas tuisyen ke hari ni?" Soal Eleanor dengan suara seraknya.

"Ya manja. Sorry..."

Mencebik Eleanor mendengar jawapan itu. Bosan lagi hujung minggu ini. Baru ingin mengajak suaminya mencari baju untuk graduasi yang bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini.

"It's okay... nanti awak dah free, kita cari baju nak pakai waktu graduasi saya boleh?" Tanya Eleanor sambil jarinya bermain-main di dada Aihan yang terdedah.

"Okay boleh. Esok okay? Esok aku tak ada kelas." Terus Aihan menangkap jemari halus Eleanor yang bermain-main di dadanya itu. Dicium jemari isterinya.

Tersenyum Eleanor mendongak merenung wajah suaminya.

"Saya nak awaklah Han..." bisik Eleanor segan.

Terangkat kening Aihan merenung kembali wajah Eleanor yang tersipu-sipu itu.

Baru dia tersedar sejak mengetahui isterinya mengandung sehinggalah ke hujung trimester pertama ini, tidak pernah dia menyentuh Eleanor. Masing-masing takut. Lama juga dia berjaya menahan diri.

"Kita buat kuih simple simple je lah nak?" Tanya Aihan meminta izin. Mengangguk Eleanor laju.


Kelam kabut mereka mengerjakan subuh sebelum hari mula terang.

Tidak habis-habis Aihan bertanya akan keadaan Eleanor ketika dia di dapur menyiapkan sarapan.

"Manja, kau okay tak? Ada rasa pelik tak? Perut sakit?" Bertalu-talu soalan Aihan berikan.

Laju Eleanor menggelengkan kepalanya sambil menongkat dagu di meja pulau di dapur itu.

"Saya okaylah Han. Awak janganlah risau. Baby dah kuat," jawab Eleanor sambil mengenyitkan matanya pada Aihan.

Tersengih Aihan sambil mengacau telur di dalam mangkuk.

"Awak nak buat breakfast apa hari ni?"

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now