HANLEA - SPECIAL CHAPTER 5 ✨

1.7K 74 0
                                    

Ke hulu ke hilir Aihan di ruang tamu cuba menghubungi isterinya yang entah untuk kali ke berapa dia pun tidak sedar. Jarum jam hampir ke angka 7. Masih tidak muncul-muncul isteri bertuahnya itu. Telefon pun tidak berjawab.

Sesampai sahaja dia di parkir tadi, masih tidak kelihatan Mercedes A45 milik isterinya itu di kotak parkir sebelah. Terus dia keluar kembali dari kawasan parkir menuju ke bangunan pejabat Emerald Engineering untuk melihat jika isterinya masih berada di pejabat.

Juga kosong.

Bertanya dia pada pengawal. Dia diberitahu yang isterinya itu sudah pulang satu jam yang lepas. Kembali Aihan pulang ke rumah. Sambil dia mengeluarkan bahan untuk memasak, sambil itu dia menghubungi Rafiq.

"Fiq, korang meeting habis pukul berapa tadi?" Melulu Aihan bertanya soalan setelah talian disambut Rafiq.

Tercengang Rafiq tidak sempat bersuara.

"Tak jadi meeting tadi sebab ada kes dekat pejabat. Kenapa?"

"Kes? Kes apa? Bini aku okay tak?" Berdebar Aihan tidak keruan rasanya memikirkan isterinya itu.

"Eh, dia okay je. Yang tak okay PA dia. Rasanya dia kata tadi nak settlekan hal dengan HR. Lepas tu aku tak tahulah dia buat apa. Asal?" Soal Rafiq kembali.

"Tak ada apa. Thanks Fiq." Talian dimatikan.

Tiba-tiba baru dia teringat akan sesuatu.

"Eh, benak jugak kau ni Han. Check je lah dia dekat mana. Alahai..." gumam Aihan mengutuk dirinya sendiri.

Dibuka aplikasi tracker yang telah diinstall pada telefonnya dan Eleanor untuk menjejaki lokasi masing-masing. Jarang dia menggunakannya kerana kebanyakan masa mereka bergerak ke mana sahaja bersama. Dan tiada sebab juga untuk dia menjejaki isterinya kerana selama ini kemana sahaja isterinya pergi, pasti akan diberitahu dahulu.

Berkerut dahi Aihan melihat Eleanor berada di kedai kek lima minit yang lepas.

"Haih dia ni, bukan nak cakap singgah mana-mana. Risau betul lah. Siap kau manja balik nanti," ugut Aihan perlahan.

Kembali dia menyediakan bahan untuk memasak.


Tepat 30 minit selesai Aihan menyiapkan spaghetti carbonara buat makan malam mereka. Berpeluk tubuh Aihan di hadapan pintu utama rumah mereka menanti Eleanor yang bakal tiba dalam masa beberapa saat.

Sempat dia melihat kedudukan lokasi Eleanor sebentar tadi yang kelihatan sudah berada di bangunan kondomininium itu.

"Assalamualaikum–" Eleanor memberi salam perlahan.

Bibir bawah diketap Eleanor apabila melihat suaminya sudah tercongok di hadapan pintu dengan wajah garang tetapi tampan itu.

Beransur hilang wajah tegang Aihan apabila melihat mata Eleanor yang bengkak. Hidung dan bibir Eleanor juga kelihatan merah pasti akibat menangis.

"Manja, kau menangis ke?" Berjalan Aihan menuju ke arah isterinya.

Tangan kekarnya lembut menekup kedua belah pipi Eleanor. Direnung wajah sembab isterinya itu dengan penuh tanda tanya.

"Kenapa ni sayang? Kau balik lambat tak bagitahu aku, lepas tu balik rumah muka sembab macam ni. Risaunya aku manja! Tell me, kenapa ni sayang?" Soal Aihan lagi.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now