HANLEA - BAB 63

1.6K 87 0
                                    

Berkerut dahi Aihan. Bebola matanya turut bergerak dan cuba ingin membuka mata dengan perlahan. Terasa kuat genggaman di tangannya ketika itu.

"Han sayang... abang! Han dah bangun!" Beritahu Sofiyah pada Arian yang sedang duduk di sofa.

Terbuka mata Aihan merenung siling. Mata berkelip perlahan cuba mengingat kembali dengan apa yang terjadi.

"Han, Ya Allah... syukur Alhamdulillah Han dah sedar," ujar Sofiyah sambil membasahkan bibir Aihan yang kering itu.

"Umi... Lea manja... mana Lea manja..." tanya Aihan dengan suara seraknya. Mula dia berasa cemas. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit di belakang sambil cuba untuk bangun dari baringnya.

"Han tak kuat lagi! Han baring sayang," Sofiyah membaringkan Aihan tetapi kuat tubuh anak lelakinya melawan.

"Han, daddy dia ada teman dia dekat wad sana. Han jangan risau... Han kena sembuh cepat baru boleh pergi tengok manja Han," pujuk Arian.

"Ayah, manja okay kan ayah? Manja ada lagi kan ayah?!" Soal Aihan bertalu. Menggeletar seluruh tubuhnya teringat akan memori sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.

Dia tidak boleh lupakan wajah lemah isterinya. Sungguh dia tidak boleh. Peristiwa itu bagai menghantui fikirannya. Sungguh dia rindu akan isterinya ketika ini.

"Lea okay Alhamdulillah. Dia tak sedar lagi. Tengah tidur. Han kena rehat dulu, nanti kita pergi sana tengok dia ya Han. Dengar cakap ayah ni," pesan Arian sambil mengusap bahu anak lelakinya itu.

"Han nak pergi tengok dia sekarang. Bawakan Han ayah, please. Han merayu ayah, umi..." rayu Aihan.

Terlepas tangisnya di katil itu. Tidak putus nama isterinya disebut. Mengalir air mata Sofiyah ketika itu lalu memeluk erat tubuh Aihan. Niat ingin memujuk tetapi turut sama dia menangis tidak berhenti.

"Baby kitorang umi... Han dapat rasa baby kitorang dah tak ada... betul ke umi?" Soal Aihan teresak-esak di bahu uminya.

Teringat dia akan lumuran darah di seluruh seluar yang dipakai Eleanor ketika itu.

Sofiyah mengiyakan lalu mengusap-usap belakang tubuh Aihan untuk memujuk.

Bertambah kuat tangisan Aihan di bahu Sofiyah, tidak dapat dibendung lagi.

"Le–Lea dah tahu ke umi?"

"Be–belum..."

"Ya Allah... umi, macam mana nak bagitahu Lea... depan mata Han diorang buat isteri Han umi. Depan mata Han! Mummy dia sendiri nak bunuh dia umi!!!" Rintih Aihan di dalam pelukan Sofiyah.

"Kesiannya isteri Han... kesiannya dia... Han nak isteri Han umi. Han nak pergi dekat dia..." teresak esak Aihan tidak dapat mengawal lagi perasaannya.

Berupaya dia mahu turun dari katil dan cuba berdiri. Berpaut dia pada katil untuk cuba mengimbangi tubuhnya.

"Han! Naik wheelchair, jangan berjalan lagi. nanti teruk luka Han!" Tiba Arian bersama kerusi roda. Sedari tadi dia memujuk jururawat di kaunter untuk melepaskan Aihan melawat isteri di blok sebelah.

Aihan duduk di kerusi roda itu dan terus Arian menolaknya diikuti Sofiyah di belakang.


Sampai sahaja di hadapan pintu wad, kelihatan Ku Adlee sedang bercakap di telefon bimbit. Berkerut dahi Ku Adlee melihat Aihan di atas kerusi roda yang baru tiba di hadapan wad itu. Terus dia mematikan panggilan.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now