HANLEA - BAB 44

1.8K 68 1
                                    

Selesai makan, Eleanor mengajak dua adik tirinya menuju ke kolam renang. Aihan ralit berbual bersama Emran, entah berbincang berkenaan apa, dia malas ingin ambil tahu.

Puas Eleanor cuba menarik perhatian Raiqal yang berada dalam dukungan Umar itu.

"Raiqal, jangan lah takut dengan I... I tak makan orang tau. Meh I dukung you. Nak main air tak?" Tanya Eleanor ramah.

Erat pelukan Raiqal di leher Umar. Eleanor cuba mencuit-cuit pipi gebu Raiqal geram.

"You nampak dah biasa jaga budak kecik," ujar Eleanor pada Umar. Kelihatan tidak kekok remaja itu melayan adiknya.

"Dari baby saya tolong jagakan Kak El. Mama sibuk kerja," senyum Umar.

Eleanor mengangguk faham lalu duduk di tebing kolam renang dan mula mencelup kaki ke dalam.

"Raiqal, come. Nak main air tak? Duduk dengan I meh," Eleanor cuba menggamit lagi kanak-kanak itu.

Lama Raiqal memandang Eleanor dengan penuh minat. Dipandang pula wajah Umar untuk meminta kebenaran. Umar mengangguk, terus sahaja dia menggeliat ingin turun dari dukungan.

Berjalan dia terkedek-kedek arah Eleanor. Terus Eleanor meriba Raiqal di pehanya dan mencelupkan kaki comel itu ke dalam kolam renang. Terkekek-kekek Raiqal ketawa suka bermain air.

"Mana daddy mama?" Tanya Umar apabila melihat ibunya dan Aihan sahaja yang tiba di kolam renang itu.

"Daddy letih. Dia nak rehat dalam bilik," ujar Harlina.

"Pandai El layan Raiqal, amazing. Raiqal tu mana nak dengan orang. Dua tiga hari duduk sama pun belum tentu dia nak dekat orang tu. Dengan El sekejap pulak dia nak," komen Harlina lalu duduk dia di kerusi.

"Dia suka budak-budak... tu pun berapa kali dia minta nak baby. Dia punya minta tu macam order dekat kedai mamak," seloroh Aihan lalu duduk bersebelahan Eleanor.

Mak Nah yang juga turut menyertai mereka tertawa kecil.

"Kena usaha lebih lah El... nak baby cepat, jaga makan, jaga kesihatan," pesan Mak Nah.

Tersenyum Eleanor.

"Okay Mak Nah... Mak Nah doa lah El dapat baby cepat tau. Nak baby comel macam Arif."

"Sir bukan comel lah Kak El. Sir handsome," bidas Umar.

"Umar, panggil abang, je. Tak payah sir sir dekat sini," pesan Aihan.

"Oh sorry. Lupa. Dah terbiasa..." sengih Umar menggaru kepalanya.

"Mama, Raiqal tidur!" Ujar Eleanor. Terlepas tawanya melihat Raiqal sudah terlentok di dadanya. Keletihan betul nampaknya tu.

"Lah, meh sini mama bawa naik. Dah lewat dah pun ni. Memang waktu tidur dia. Mama naik dulu ya. Esok kita borak ya El," ujar Harlina sambil mengambil Raiqal dari Eleanor.

"Okay," senyum Eleanor.

"Umar, duduk sini," Mak Nah menggamit Umar untuk duduk sekali dengannya di tebing kolam renang itu sambil mengunyah kuih.

Winda dan Donna juga sudah duduk di tebing bertentangan dengan Eleanor.

Tiba-tiba terpercik air kolam pada Eleanor, Aihan dan Mak Nah apabila Umar secara tidak sengajanya tergelincir lalu jatuh ke dalam kolam bagai dugong pulang ke habitatnya.

"Umar!!!" Jerit Mak Nah panik.

"Umar! Pandai berenang tak?!" Jerit Aihan dari tepi. Kelihatan Umar menaikkan ibu jarinya tanda dia boleh.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now