HANLEA - BAB 51

1.7K 70 1
                                    

Masuk Aihan ke dalam bilik rawatan yang telah ditempatkan sementara buat isterinya. Lama dahi Eleanor dicium oleh Aihan sebelum duduk di kerusi berdekatan dengan katil sambil mengelus lembut jemari runcing isterinya dan menciumnya lama.

Diusap lembut perut kempis Eleanor sambil tersenyum.

"Kau bakal jadi mummy manja," gumam Aihan tersenyum.

Dikerling jam hampir masuk waktu Zohor. Terus dia bangun meninggalkan isterinya sebentar untuk ke surau. Sempat dia berpesan pada Munira untuk menemani Eleanor sementara dia ingin menunaikan solat Zohor.

Selesai sahaja Aihan menunaikan solat, kelihatan kelibat Nurin bersama Maria dan Hafiz di ruangan menunggu.

"Kau buat apa dekat sini? Tak ada benda baik kau nak buat or cakap, baik kau balik Nurin," ujar Aihan dingin. Naik berbulu matanya melihat wajah berpura-pura Nurin.

"Arif, Nurin tak buat apa-apa pun! Dia yang nak pengsan sendiri lepas tu dia tarik tangan Nurin. Nurin automatik cuba lepaskan tangan Nurin sebab takut jatuh tepi sungai tu!" Bersungguh Nurin membela dirinya.

"Kau datang situ buat apa? Nak cari gaduh lagi dengan Lea?" Sindir Aihan dengan senyuman sinisnya.

"Nurin nampak Lea sorang, tapi Nurin tak sempat pun nak tolak dia, tahu-tahu dia dah nak pengsan. Sumpah Nurin tak sempat buat apa-apa lagi!"

"Tak sempat tolak dia? Tak sempat buat apa-apa lagi? Maknanya Nurin memang ada niat nak buat benda tu dekat Lea?!" Herdik Maria pula.

Sedari tadi dia diam mendengar penjelasan Nurin tetapi gadis itu terlalu takut sehingga terlepas kata. Terkedu Nurin berdiri ditempatnya. Ditekup mulut seperti tidak percaya. Diri sendiri yang kantoikan niatnya ketika itu.

"Just get lost Nurin," ujar Aihan sebelum dia ingin berlalu ke bilik rawatan.

"Arif! Nurin minta maaf. Sumpah Nurin tak bermaksud macam tu! Nurin–" tidak sempat Nurin menghabiskan kata-katanya, terus dipotong oleh Munira.

"Arif, Lea dah sedar. Dia cari awak."

Tersembul kepala Munira dari pintu bilik dan terus memberi laluan pada Aihan untuk masuk dan membiarkan mereka berdua di dalam bilik itu.

"Abang, sorry bawa kereta abang datang sini," Munira mengetap bibirnya serba salah.

Dengan tidak minta izin suaminya, terus sahaja dia bawa kereta Hafiz ke hospital. Sesudah parkir kereta baru lah dia memberitahu suaminya akan keberadaan mereka di situ.

"Tak apa Moon, baguslah awak cepat bertindak," senyum Hafiz sambil merangkul bahu isterinya lembut.

Tajam jelingan Munira pada Nurin ketika itu.

"Lea okay ke Moon?" Tanya Maria.

"Okay Kak Mar Alhamdulillah. Dia tak tahu kenapa dia rasa badan dia tak berapa sihat. Dari semalam dia kata sakit kepala," ujar Munira.

"Dah tahu tak sihat, sibuk nak datang sini kenapa? Dah menyusahkan orang. Lepas tu, Nurin pulak yang jadi mangsa tuduhan korang!" Bentak Nurin tidak berpuas hati.

"Looks like you're in the wrong place at the wrong time Nurin," balas Hafiz selamba sebelum menarik tangan isterinya untuk duduk di kerusi.

"Pergi lah balik Nurin. Uruskan student. Tak payah duduk sini. Bertambah menyampah nanti Arif tengok Nurin ada dekat sini lagi," jeling Maria.


"Manja, dah sedar? Alhamdulillah," ucap Aihan sejurus dia melihat Eleanor sudah duduk bersandar di kepala katil dengan wajah pucatnya.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now