HANLEA - BAB 21

1.6K 68 2
                                    

Perlahan superbike Aihan menyusur ke dalam sekolah menuju ke kotak parkir. Selepas sahaja subuh, terus Aihan mengekor Eleanor pulang ke rumah agam gadis itu untuk pastikan gadis itu selamat sampai di rumah.

Sempat juga dia berpesan pada Yahya dan Pak Mansur untuk terus report pada dia jika ada apa-apa terjadi pada Eleanor. Masih risau akan keselamatan gadis itu.

Ligat kepala otak dia memikir akan niat sebenar lelaki misteri di taman tasik semalam.

"Arif!" Tersentak Aihan disergah seseorang dari belakang. Kepala ditoleh sambil menanggalkan sarung tangan kulitnya.

"Oh, Nurin..." Aihan membalas sapa acuh tak acuh.

"Eh, sejak bila awak bawa superbike ni?" Bercahaya mata Nurin memerhati superbike milik Aihan. Kemudian mata beralih pula pada Aihan yang sedang membuka jaket kulitnya.

'Tak pernah tak handsome awak ni Arif!' bisik hati Nurin nakal.

Diam Aihan malas menjawab soalan Nurin.

"Kenapa tercegat dekat sini?" soal Aihan sambil menjeling gadis itu dari ekor mata.

"Saja tunggu awak. Jom kita naik bilik guru sekali," pelawa Nurin ceria. Wajah gadis itu dipandang sekilas oleh Aihan. Malas melayan.

Terkedek-kedek Nurin mengejar langkah panjang Aihan menuju ke tangga untuk naik ke bilik guru.

"Arif, Nurin dengar nanti pengetua nak buat dinner untuk kita cikgu-cikgu dekat hotel. Lepas tu, kita kena datang berpasangan," ujar Nurin teruja.

"So?"

"So, kalau cikgu yang dah kahwin, diorang datang nanti dengan wife or husband diorang. Kalau bujang macam kita, pengetua nak kita pair dengan mana-mana cikgu yang kita selesa," tambah Nurin lagi.

"Hmm, then?" tanya Aihan malas.

"Emm, awak mesti tak ada partner lagi kan? Why not kita jadi partner?" cadang Nurin. Mujur Puan Pengetua mencadangkan untuk yang bujang berpasangan sesama sendiri di dalam kalangan mereka. Tidak perlu bawa orang luar.

"Awak cari lah orang lain. Saya tak fikir lagi nak join ke tak nanti."

"Eh, jangan macam tu Arif. Susah-susah puan pengetua plan nak belanja kita semua tau."

"Tak apa, awak cari je orang lain dulu Nurin. Saya pair dengan Hafiz je," balas Aihan.

Memuncung bibir Nurin tidak berpuas hati. Diperhati sahaja Aihan yang sudah duduk di kerusi meja milik lelaki itu di dalam bilik guru.

'Fuh, sabar Nurin Aina, sabar. Tak apa, nanti saya suruh Hafiz cari partner lain. Biar sampai awak tak ada pilihan lain Arif,' getus hati Nurin nakal.

Dia perlu agresif untuk tawan hati Arif Aihan semula memandangkan ada wanita lain yang sudah mula dekat dengan lelaki tampan itu.


*****


Sunyi kelas tingkatan 1 Majah apabila Arif Aihan menjadi guru relief mereka selama 2 jam ini. Awal-awal Aihan sudah menyuruh mereka untuk menyiapkan kerja yang telah diberi oleh guru mereka.

Sambil-sambil itu, ada juga beberapa pelajar yang datang untuk bertanya solusi bagi tugasan mereka.

Begitulah rutin Aihan setiap hari. Jadual mengajar sudah penuh, ditambah lagi dengan jadual relief yang menuntutnya untuk menjadi guru ganti. Belum ditambah lagi dengan tugasan-tugasan tambahan di dalam panitia subjek matematik tambahan.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now