HANLEA - BAB 17

1.5K 77 3
                                    

Automatik pagar rumah agam terbuka apabila Yahya melihat gerangan di dalam kereta di luar pagar. Aihan mengangkat tangannya pada Yahya tanda terima kasih.

"Cik El! Alhamdulillah udah pulang! Terima kasih ya Encik Arif hantarin Cik El," sopan Winda berbicara dengan Aihan. Siap meliuk lentok badannya.

"Kau ni kenapa tergedik-gedik macam ulat. Aku sekeh karang!" marah Eleanor. Dijeling pembantunya itu tajam.

"Eh, mana ada," jawab Winda tersipu-sipu.

Tergelak Aihan melihat wajah cemburu Eleanor pada Winda pembantunya itu.

"Tan Sri ada?"

"Kau nak apa?" sampuk Tan Sri Emran. Senyum sinis Aihan berjalan masuk ke dalam rumah lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Tetapi tidak disambut oleh orang tua itu.

Aihan mencapai tangan Emran lalu berjabat erat. Keras tubuh Emran apabila Aihan begitu berani dihadapannya.

"Saya pulangkan Eleanor yang dah sihat ni pada Tan Sri. Kalau saya tahu Tan Sri pukul dia lagi tanpa sebab munasabah atau tanpa Tan Sri dengar penjelasan dia, Tan Sri pun tahu kan apa yang saya boleh buat?" ugut Aihan berani.

Bertambah ketat Aihan mengenggam tangan lelaki tua itu.

"Kalau kau tak nak aku pukul dia, putuskan hubungan kau dengan dia. Jangan jumpa dia lagi."

"Daddy!" tempik Eleanor tidak puas hati.

"Okay, saya setuju. Kalau saya dapat tahu Tan Sri buat bukan-bukan dekat anak Tan Sri sendiri, tahu lah nasib you. Tolong jadi ayah yang selayaknya dipanggil ayah. Bukan ayah yang dayus."

Tangan Emran dilepaskan. Menunduk dia sedikit tanda hormat sebelum melangkah keluar dari rumah.

"Han..." Eleanor memanggil.

"Jaga diri Lea. Kalau ada apa-apa, bagitahu aku. Aku cuba tolong kau okay?" bisik Aihan dan terus berpaling menuju ke keretanya sebelum menyusur keluar dari rumah agam itu.

"Pandai eh pilih boyfriend? Konon hero lah tu? Tunjuk bagus depan I?" perli Emran.

"Atleast dia tak pernah sentuh I macam you sentuh perempuan simpanan you tu. Atleast dia tak pernah kasar dengan I, tak pernah cederakan I. Dia dengan you, macam langit dengan bumi Tan Sri Emran," balas Eleanor dan terus berlalu naik ke biliknya.

Terkulat-kulat Emran berdiri di tempatnya. Hanya mata mengekori bayang Eleanor yang sudah hilang.

"Kau buat apa tercegat dekat situ? Buat kerja lah!" jerkah Emran pada Winda yang sedari tadi tercegat di muka pintu.

Terangkat bahu gadis itu dengan jerkahan majikannya. Mencicit dia lari ke dapur sambil mengomel.

"Padan muka kena marah sama Cik El. Malu lah tu!"


*****


Kereta diparkir di kawasan parkir universiti. Dikerling jam tangan, masih awal. Sengaja dia bergerak awal supaya dapat menenangkan diri sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Selepas pulang dari hospital, baru lah sempat dia membuat nota dan mengulang kaji. Sibuk dengan masalah bersama bapanya sehinggakan hampir terlupa akan peperiksaan akhirnya itu.

Kerusi dibaringkan sedikit untuk bersandar dengan selesa sebelum membuat sedikit revision buat kali terakhir.

Tidak sampai beberapa minit, terdengar ketukan di cermin keretanya.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now