HANLEA - BAB 68

1.7K 86 3
                                    

Aihan membuka helmet Eleanor. Direnung tajam wajah putih Eleanor yang sudah kemerahan akibat panas cuaca.

"Apa pandang-pandang?" Eleanor melarikan pandangannya dari wajah garang Aihan.

"Ni yang malas aku nak bagi kau ride. Kalau aku tak ada, entah sampai mana jantan tu ikut kau," bebel Aihan.

Dibuka pula sarung tangan isterinya.

Mencebik Eleanor.

'Laki tu yang ikut, kita pulak yang kena marah,' rungut Eleanor di dalam hati.

Duduk mereka di salah satu meja kosong dan memesan dua mangkuk cendol biasa beserta rojak.

Sementara menunggu pesanan tiba, sempat Aihan menarik kerusi yang diduduki Eleanor rapat kearahnya. Tidak sah mata lelaki tidak memandang isterinya. Mahu saja Aiham membungkus isterinya setiap kali mereka keluar.

"Rapatnya kerusi kita. Punyalah luas meja ni. Rapat-rapat karang macam mana nak makan? Baik duduk atas riba awak je," ujar Eleanor sarkastik.

"Kalau kau tak kisah, sepeha ni aku tadahkan. Meh," Aihan menepuk-nepuk pehanya meminta Eleanor duduk di atas riba.

"Eii, tak malu! Awak ni kuat jealous jugak kan Han?" Ujar Eleanor sambil mata memincing halus pada suaminya.

"Ya, aku kuat jealous. Kalau aku nampak ada laki lain nak try kau, memang aku bagi penumbuk kental aku ni."

"Alolo rawr! Garang! Eh, awak kata dulu awak selalu boxing sebab tu lengan awak ni menggiurkan saya. Tapi kenapa saya tak pernah nampak awak pergi boxing pun?" Tanya Eleanor sambil memicit-micit lengan keras Aihan itu.

"Busy layan bini manja ni ha," jawab Aihan sambil menongkat kepalanya memandang tepat ke wajah merah isterinya.

Peluh yang merenik di dahi Eleanor, disapu menggunakan tisu yang sudah tersedia di atas meja.

"Kalau awak free, awak pergilah boxing balik. Saya nak ikut. Nak tengok awak," ujar Eleanor.

"Tak boleh manja. Dekat situ semua lelaki. Memang tak lah aku nak angkut kau. Semua yang ada dekat situ bukan boleh nampak perempuan cantik sikit. Mulalah miang. Nak nak muka minah saleh macam kau ni ha. Lagilah–" balas Aihan sambil mencuit hidung cantik isterinya.

Tersengih Eleanor.

"Taste perempuan macam mana yang awak suka? Awak suka ke muka campur minah saleh ni?" Tanya Eleanor sambil membuat muka comelnya di hadapan Aihan.

"Hmm, entahlah. Aku kena kenal dulu orang tu macam mana. Kau nak tahu tak, dulu ramai perempuan mengorat aku. Semua umi kata cantik. Tapi aku tak berminat. Kau nak tahu apa umi cakap?"

Eleanor mengangguk ingin tahu.

"Cerewetnya Han ni. Han tunggu minah saleh turun dari Eropah ke?"

Terangkat kening Eleanor mendengar ayat yang ditutur Aihan itu. Terlepas tawanya membayangkan sindiran ibu mertuanya.

"Sekali masin mulut umi wak. Tapi awak suka ke muka minah saleh celup macam saya ni?!" Tanya Eleanor lagi.

"Suka, apa yang ada dekat kau semua aku suka. Tapi kau jangan salah faham pulak. Aku suka peribadi kau dulu, baru aku jatuh cinta dengan luaran kau ni," ujar Aihan sambil tangannya mengelus lembut pipi Eleanor yang sudah tersenyum malu.

"Mata kau ni cantik. Tahi lalat ni favourite aku. Tahi lalat ni benda pertama yang aku perasan dekat muka kau waktu kita mula-mula kenal dulu. Comel je dia duduk terletak dekat hujung mata ni," puji Aihan.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now